Ramalan pemenang Anugerah Juara lagu ke-38 (AJL38) yang dibuat pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi tepat apabila Amir Jahari berjaya merangkul trofi juara dengan lagu, Hasrat, pada malam Ahad.
Artikel Berkaitan: #AJL38: Neelofa Ramal ‘Hasrat’ & ‘Astana’ Dinobat Sebagai Pemenang
Artikel Berkaitan: #AJL38: Neelofa Pencen Awal, Minta Netizen Ramal Siapa Menang
Jadi ahli nujum?
Susulan itu, Neelofa menerima satu lagi ‘tugasan’ baru yang dihantar di Instagram (IG). Dedah Neelofa, ada seorang warganet yang bertanya mengenai ‘bila dia akan kahwin?’
Balas pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor; ‘tahun lepas dik (panggilan).’
Dalam pada itu, isteri kepada PU Riz juga berseloroh kepada netizen untuk tidak membuat permintaan aneh.
Sebelum ini, Neelofa memilih lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari kerana secara peribadi dia menyukai filem Imaginur yang menjadikan lagu ciptaan penyanyi itu sebagai lagu runut bunyi.
Amir Jahari membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000 selepas lagu Hasrat dinobat sebagai juara AJL38 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Manakala, lagu Sutera nyanyian Aisha Retno diangkat sebagai naib jura dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000. Aisha juga diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000.
Menduduki tempat ketiga pula adalah lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, sekali gus menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi. Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
Sumber: Instagram