Pelakon jelita, Maya Karin menyorot perhatian warganet selepas memuat naik foto bersama anjing peliharaan rakannya, James Gutierrez.
Artikel Berkaitan: Pensyarah Asyik ‘Cancel’ Kelas, Maya Karin ‘Fed Up’ Sampai Berhenti Diploma
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Julia Farhana Nafi Bela Anjing – ‘Tak Pernah Bermain, Hanya Tumpangkan Tempat Sahaja’
Bersiar-siar
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Maya atau nama penuhnya Maya Karin Roelcke yang berada di luar negara dilihat sedang bersiar-siar sambil memegang tali haiwan peliharaan berkenaan.
Day out in Los Angeles with @jamesg_champ and his babies.
Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut telah dihujani dengan kecaman warganet yang rata-rata meluahkan perasaan kurang senang dengan tindakan aktres berusia 44 tahun itu.
Maya, anjing tu.
Harap-harap tak sentuh anjing tu.
Sebenarnya orang Malaysia sangat sensitif tentang ini. Sebab tu Islam melarang benda yang boleh mendatangkan fitnah walaupun anjing tu kita tak pegang, sebab boleh mendatangkan fitnah.
Respon maya
Tinjauan OhBulan! mendapati pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu dilihat turut membalas komen-komen tersebut.
Dalam masa yang sama, ada juga segelintir pengikutnya yang tidak menghukum Maya secara melulu malah mempertahankannya.
Sumber: IG Maya Karin