berita

Netizen Serang Instagram ND Lala – ‘Saya Ada Popcorn Extra’

April 3rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi, ND Lala iaitu Fauziah Sarman seakan mengesahkan spekulasi wujud ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka. Bukan itu sahaja, ibu kepada penyanyi, Shila Amzah ini turut memuat naik satu foto hitam putih yang dipercayai gambar passport seorang wanita.

Artikel berkaitan: ‘Banyak Yang Anggap Diriku Bahagia, Itu Kerana Aku Berhasil Sembunyi….’

Artikel berkaitan: ‘Akan Ada Selalu Waktu Yang Dirindukan, Namun Tidak Dapat Terulang Kembali’ – Isteri ND Lala

Artikel berkaitan: ‘Jika Sekiranya Diam Itu Bijak, Lakukanlah’ – Status Ibu Shila Amzah Timbul Tanda Tanya

Artikel berkaitan: Netizen Petik Nama ND Lala, Tapi Isteri Kongsi Foto Bersama Sempena Anniversary?

Artikel berkaitan: Isteri ND Lala Dedah Wajah, Nama Penuh Penyondol Di Instagram?

IG kena serang

Susulan daripada itu, akaun Instagram milik ND Lala telah diserang oleh netizen. Rata-rata netizen berkata mereka tidak sabar untuk mendengar penjelasan daripada tuan empunya badan sendiri berhubung kontroversi yang tengah hangat diperkatakan pada waktu ini.

Ujar netizen lagi, mereka sentiasa mendoakan yang terbaik buat pelantun suara ‘Diari YB’ itu.

Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Mahligai cinta pasangan sejoli ini juga dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×