Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat gagal menahan air mata ketika melakukan sesi fotografi bersama usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri bagi mempromosikan telekung jenamanya.
Artikel Berkaitan: Penangan Air Tangan Ira Kazar, Sotong ‘Out Of Stock’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Gembira Dengan Kehidupan Sendiri’ – Ira Kazar Kongsi Video, Syamsul Nombor Satu Dalam Hati
Menangis dengar lagu
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata air mata Ira menitis gara-gara dia mendengar sebuah lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Khadijah yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Iren Lafebian.
Jelas Alif, Ira kemudian ditenangkan oleh beberapa ahli keluarganya.
Tidak sangka sewaktu fotoshoot, Ira menitiskan air matanya secara tiba-tiba kerana mendengar lagu ini (Bukan Aisyah Bukan Khadijah). Terus dia ditenangkan oleh kaum keluarganya.
Lagu tersebut difahamkan mengisahkan tentang kehebatan dan ketabahan isteri Rasulullah. Antara lirik yang ada dalam lagu tersebut adalah ‘Ku hanya wanita yang ingin dijaga, aku hanya wanita biasa’.
Dalam masa sama, Aliff menegaskan dia tidak berpihak kepada mana-mana pihak, baik Ira mahupun bekas madunya, aktres Puteri Sarah.
Jelas bapa kepada enam cahaya mata itu, niat dia mengambil Ira sebagai model hanya mahu berkongsi rezeki.
Doakan yang baik-baik. Sejujurnya tiada istilalah menyokong sesiapa. Saya hanya mahu berkongsi rezeki dengan semua orang.
Netizen tak termakan
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas seakan tidak termakan dengan air mata Ira yang menitis selepas mereka mengingat kembali apa yang pernah dia lakukan terhadap Puteri Sarah.
Sumber: Instagram