berita

Nilai Kompaun Ingkar SOP PKP Dikurangkan Kepada RM1,500 Bagi Kesalahan Kali Pertama

March 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pihak kerajaan telah memaklumkan kadar kompaun terhadap mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dikenakan denda sehingga RM10,000. Iainya adalah termasuk tidak mengimbas kod aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka di dagu dan tidak patuhi penjarakan fizikal.

Artikel berkaitan: Dikompaun RM10 Ribu Gagal Scan MySejahtera Masuk Kedai Makan

Artikel berkaitan: Kena Kompaun RM10 Ribu Letak Pelitup Muka Di Dagu

Terbaru, pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan berhubung jumlah pengurangan kompaun terkini bagi setiap kesalahan-kesalahan yang dikenakan.

Kompaun terbaru

Menerusi perkongsian dari wartawan Mohd Redzuan melalui laman Twitter melaporkan bahawa terdapat pengurangan kompaun bagi setiap denda atas kesalahan melanggar SOP sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di mana, bagi individu yang gagal memakai pelitup muka dan merupakan kesalahan kali pertama boleh dikenakan sebanyak kompaun sebanyak RM1,500.

Manakala, sekiranya anda tidak mendaftarkan diri dengan menggunakan aplikasi Mysejahtera sebelum masuk ke mana-mana premis perniagaan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,5000. Begitu juga dengan kesalahan tidak mematuhi penjarakan sosial dikenakan jumlah kompaun yang sama.

Boleh dapat diskaun

Kredit foto: Google

Namun begitu, kompaun tersebut perlu dibayar dalam tempoh seminggu untuk membolehkan pesalah dapat diskaun sebanyak 50 peratus iaitu RM750.00. Kompaun dibayar dalam tempoh dua minggu diberikan diskaun sebanyak 25 peratus.

Manakala, bagi kompaun bernilai RM10,000 pula yang sudah dikeluarkan sejak 11 Mac lalu, jumlah kompaun akan mengikut nilai yang diumumkan hari ini iaitu RM1,500.

Jika tidak dibayar dalam tempoh masa dua minggu, tiada tawaran diskaun diberikan.

Sumber: Mohd Redzuan

SKIP THIS AD ×