Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan tunang, Fatin Athira bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 23 September depan.
Artikel Berkaitan: Noh Salleh Dah Bertunang Dengan Peguam
Kad undangan ke majlis
Kad undangan digital berwarna hitam penyanyi kelahiran Sarawak itu dengan Fatin Athira tular di media sosial selepas mula diedarkan kepada tetamu jemputan.
Berdasarkan kad itu, tertera nama Fatin Athira Mustapa bersama Muhammad Noh Salleh.
Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di sebuah premis acara popular di Puchong pada hari yang sama.
Acara dijadualkan akan bermula jam 8.15 malam dan dijangka berakhir pada pukul 10.30 malam.
Difahamkan, Noh dan Fatin Athira akan bernikah pada sebelah pagi.
Fatin Athira yang kini berkhidmat sebagai seorang peguam merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Sebelum ini, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh mengikat tali pertunangan dengan Fatin Athira pada 7 Mei lalu.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di kediaman keluarga perempuan di Putra Heights, Subang Jaya dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Terdahulu, Noh mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai pada bulan Ogos tahun lalu. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa.