Pelakon Datin Seri Noniswara berasa sedih apabila diuji dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan kepada dirinya dan arwah suami, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Arwah Suami Noniswara Pemilik Rumah Agam Mewah Di Kuala Krau, Dijadikan Pusat Tahfiz & Sekolah Agama
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Dengan Arwah Bapa Saya Tidak Pernah Sekali Bercerai’ – Isteri MK K-Clique
Tak ada awak nak ‘back up’
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Noniswara berkata dia hilang tempat mengadu di kala sedang berhadapan dengan kesulitan.
Meskipun perit untuk dihadapi namun Noniswara menyatakan dia tetap akan menempuhnya seorang diri.
Sayang, banyak sungguh fitnah yang dilemparkan pada saya dan awak. Dulu kalau orang kacau saya, awak mesti mempertahankan saya. Sekarang, awak dah tak ada, no one back up me.
Masa awak ada, tak berbunyi dan tak berani. Sekarang, awak tak ada, baru nak berbunyi. Allah saja yang tahu.
Tak apa la sayang, akan ku tempuhi hidup ini dan fitnah tanpa awak. Kesian kat saya, sayang.
Saya balik rumah untuk tidur saja
Dalam pada itu, ibu kepada aktres sedang meningkat naik, Erysha Emyra turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak pernah menjaga suami yang terlantar sakit ketika di hospital.
Tegas Noniswara, dia berada di sisi suami sejak hari pertama dimasukkan ke hospital kerana diserang penyakit strok sehinggalah nafas terakhir.
Pada 1 Oktober lalu, Noniswara memaklumkan Allahyarham Sheikh Nordin telah meninggal dunia jam 10.16 malam, di sebuah hospital swasta.
Untuk rekod, Noniswara mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Sheikh Nordin sejak sembilan tahun lalu namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Allahyarham Sheikh Nordin juga merupakan bapa mentua kepada penyanyi MK K-Clique. MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkahwin dengan Siti Hajaar Sheikh Nordin pada 16 Jun lalu.
Sumber: Instagram