Setelah hampir dua bulan tampil dengan produk jenama Shelup Shelup, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan perniagaan tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Pertikai Harga ‘Cookies’ T20, Shuhada Perjelas Ada Enam Jenis & Tak Guna Sos Pencicah ‘Cap Ayam’
Artikel Berkaitan: Shuhada Bongkar Lagi, Dakwa Hafidz Kantoi ‘Check In’ Siap Mandi Wajib Dengan Penyondol?
Artikel Berkaitan: Jualan Tudung Cecah Jutaan Ringgit, Fazura Tak Pernah Fikir Status Jutawan
Terima kasih bagi sokongan
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuhada berkata dia berhadapan dengan pelbagai dugaan ketika menguruskan produk itu.
Namun, itu tidak memutuskan semangat ibu kepada dua cahaya mata untuk terlibat dalam dunia bisnes kerana sudah mempunyai perancangan untuk mengeluarkan produk baharu.
Assalamualaikum semua. Patut Shu (gelaran diri) give up atau teruskan dengan benda baru?
Semua tahu Shu lancar ‘Shelup Shelup’ sebelum puasa haritu. Shu mula ‘Shelup Shelup’ sebab Shu nak hidupkan impian berdikari dan jadi orang hebat macam korang semua. Dalam masa yang sama, Shu nak semua rasa keunikan idea makanan.
Tapi bila start operation ‘Shelup Shelup’, Shu berhadapan dengan macam-macam ujian dan dugaan. Walaupun ini normal dalam dunia bisnes, tapi Shu nampak kena simplify business Shu untuk bergerak lagi jauh dan untuk upscale lagi.
Shu nak tutup terus order ‘Shelup Shelup’ dan nak fokus untuk R&D (research and development) produk baharu.
Susulan itu, tempahan untuk ‘Shelup Shelup’ sudah ditutup dan bagi pelanggan yang sudah membuat bayaran akan menerima pesanan dalam tempoh dua minggu.
Dalam pada itu, Shuhada turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh orang ramai sepanjang dia berniaga.
Buat produk harga Rahmah
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memberi cadangan dan pendapat untuk Shuhada memperbaiki pada masa akan datang.
Sebelum ini, produk jenama Shuhada dikritik apabila netizen menganggap harga yang dijual tidak masuk akal. Shuhada menjual enam seleksi berlainan perisa biskut bersama sos cicah dijual dengan harga RM179.
Sumber: Instagram