Bukan sahaja pandai membuat lawak, Sharif dan Atu Zero ini juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Hal ini terbukti apabila adik beradik ini menyertai program ‘Famili Duo’ di TV3 semalam.
Artikel berkaitan: Nyanyi Sebijik Macam Ella, Ragam Sharifah Shahira Dalam Famili Duo Bikin Netizen Pecah Perut!
Artikel berkaitan: Suara ‘Whistle’ Anak Amyza Aznan Bikin Penonton Famili Duo ‘Goosebump’
Artikel berkaitan: Pernah Viral Pakai ‘Baju Kelawar’, Juri ‘Famili Duo’ Suka Fesyen Eranzz Lambert Bawa Ular Naik Pentas
Minggu adik beradik
Sebenarnya kami peminat Anuar Zain dan lagu ‘Keabadian Cinta’ ini pernah kawan saya menyanyi di kampung. Memang sedap suara dia. Tapi tak boleh lawan suara Atu. Jadi ini adalah warning untuk peserta lain. Lagu ni masa karaoke kami wajib akan pilih. Orang masuk karaoke bayar terus, kami masuk tanya lagu Anuar Zain ada ka tak. Kalau ada baru kami masuk.
Menerusi rakaman video sebelum Sharif dan Atu Zero melakukan persembahan, pasangan adik beradik ini memberitahu bahawa mereka sangat meminati Anuar Zain. Antara lagu wajib yang akan mereka karaoke bersama ialah ‘Keabadian Cinta’.
Oleh itu, sempena episod Famili Duo semalam, Sharif dan Atu telah memilih lagu tersebut untuk dipersembahkan kepada juri dan penonton di rumah. Menurut juri tetap iaitu Didie Alias, dia sangat suka konfiden dan cara persembahan adik beradik tersebut. Secara keseluruhan dia dan Mark Adam terhibur dan sudi memberikan standing ovation buat Sharif dan Atu setelah mereka selesai menyanyi.
Ieda dan Edy Moin juara mingguan
Seperti yang korang tahu, setiap episod Famili Duo sudah pasti akan ada satu pasangan yang bakal dinobatkan sebagai juara mingguan. Untuk episod ketujuh ini, kita dapat menyaksikan Ieda dan Edy Moin dinobatkan sebagai juara. Mereka berjaya membawa pulang RM10 ribu sebagai pemenang migguan.
Antara pasangan adik beradik yang turut memeriahkan pentas Famili Duo semalam ialah Shiha Zikir dan Ieda Zikir, Sarah Fazny dan Boy serta Jiwa Firdaus dan Farhan Mustapha.
Sumber: TV3