berita

Obses Dengan Warna Pink, Wanita Ini Hidup Macam Barbie..Rumah, Swimming Pool Pun Pink!

February 26th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Bruna Barbie Official

Seorang influencer di Brazil yang terlalu suka akan warna merah jambu telah memilih untuk menjalani gaya hidup unik seperti Barbie. Beliau menyara hidup dengan mempamerkan gaya hidupnya yang unik di media sosial.

Artikel berkaitan: Nak Cantik Punya Pasal, Gadis 16 Tahun ‘Ketagih’ Buat Pembedahan Plastik Sebanyak 100 Kali

Artikel berkaitan: Terlampau Obses Mahu Kelihatan Seperti Angelina Jolie Dalam Filem ‘Maleficient, Wanita Ubah Wajah Jadi Pontianak

Bermula dengan warna merah jambu

Foto: Bruna Barbie Official 

Bruna Barbie yang merupakan influencer media sosial yang paling popular di Brazil kini mempunyai lebih dari 10 juta pengikut di TikTok, 2.4 juta peminat di YouTube dan sekitar 300,000 pengikut di Instagram. Bruna banyak menghabiskan masa untuk membuat kandungan untuk penonton beliau. Seperti yang anda bayangkan, kandungan itu kebanyakannya berkaitan dengan status Barbie dalam kehidupannya yang sebenar, dikelilingi oleh semua warna merah jambu dan bahkan tinggal di rumah yang berwarna merah jambu.

Bruna mula berkongsi foto dan video mengenai gaya hidup beliau pada tahun 2013. Kini, ianya sudah menjadi profesion beliau.

Peminat saya datang daripada pelbagai golongan, daripada yang berkongsi rasa suka merah jambu sehinggalah mereka yang tidak berapa gemar. Namun, 90% pengikut saya adalah wanita berusia antara 18 hingga 34 tahun.

Bruna Barbie turut mendakwa bahawa beliau telah terpikat dengan warna merah jambu dari dulu lagi. Semuanya bermula dengan warna merah jambu dan Bruna memutuskan untuk menunjukkan cintanya pada warna merah jambu dengan hanya memakai pakaian yang berwarna merah jambu.

Rakan-rakannya juga pernah membandingkan penampilannya dengan karakter pelakon Reese Whitherspoon di dalam filem Legally Blonde dan mula memanggilnya Barbie. Sejak itu, dia menerima gelaran tersebut dan hidup sebagai Barbie sebenar.

Hidup dipenuhi dengan warna merah jambu

Foto: Bruna Barbie Official

Bruna baru-baru ini memberitahu laman web Brazil Globo G1 bahawa 97% barang di almari pakaiannya berwarna merah jambu, dengan hanya beberapa warna hitam dan putih untuk kepelbagaian minimum. Begitu juga dengan barang-barang di sekeliling beliau antaranya perabot hingga ke peralatan dan alat makan termasuk juga villa beliau yang bertema Barbie.

Bruna juga turut menyatakan bahawa beliau menghabiskan sekitar RM 371,800 untuk membina rumah tepi laut di sebuah bandar kecil di Paraná. Rumah beliau juga dicat dengan warna merah jambu terang yang diilhamkan oleh set permainan Barbie.

Selain mengecat bahagian luar rumahnya yang berwarna merah jambu terang, beliau juga mengecat warna yang sama kepada bahagian dalam, kolam renang dan pagar. Satu-satunya bilik di rumah yang tidak berwarna merah jambu adalah bilik tidur biru yang disediakan untuk Ken (teman lelaki Barbie). Namun disebakan beliau masih tidak menemui Ken, bilik itu digunakan oleh abangnya ketika dia datang berkunjung.

Sumber: Odditycentral

https://www.instagram.com/p/CK_iGIChlCs/?igshid=1l0mvrn2vsuv2

SKIP THIS AD ×