berita

‘Oh Lu Kunyit Rupanya’ – Dilabel Kunyit Bersama Iqram Dinzly, Johan Balas Komen Individu Dengan Nada Sinis

January 3rd, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Lagi mengenai Iqram Dinzly, dengar khabar baru-baru ini pelakon, Johan As’ari ada menziarahi rakan seperjuangannya itu di Ipoh, Perak. Bukan setakat ziarah, malah pelakon Juvana itu sempat menari bersama Iqram dalam siaran langsung Instagramnya.

Dalam video live yang dimuat naik Isnin, Johan dilihat sakan menari bersama pelakon kontroversi itu sehinggakan mengundang ratusan komen netizen. Kebanyakannya meluahkan rasa terhibur, namun diantara komen-komen positif, terselit juga suara-suara yang kurang enak untuk didengar. Malah, ada yang melabel Johan ‘kunyit’. Eh kunyit ke?

Dilabel ‘kunyit’

Foto yang dimuat naik Johan di Instagram sekitar 16 jam lepas itu menampakkan Iqram mencium dahi pelakon itu. Seperti yang dijangkakan, dalam banyak-banyak yang terharu melihat kedua mereka seakan abang adik, datang sahaja suara yang mengecam.

Tidak terkesan, Johan membalas komen berkenaan dengan nada sinis.

‘Kunyit lado’

 

Komen balasnya itu rata-rata mendapat sokongan netizen yang beranggapan individu itu hanya bersikap kebudak-budakan.

Malah, dalam temu bual terkini Mstar bersama Johan baru-baru ini, pelakon itu menjelaskan niat sebenarnya mengunjungi sahabatnya itu.

Rancangan saya pada awalnya untuk berjumpa Datuk Ustaz Kazim Elias di Ipoh, jadi dalam kesempatan itu saya singgah berjumpa dengan Iqram di rumahnya.

Saya menari suka-suka sahaja untuk hiburkan Iqram dan saya sedar tentang rakaman secara langsung itu. Saya minta maaf dan tidak sangka pula orang salah tafsir sehingga menjadi tular.

Setelah menziarahinya, Johan berkata Iqram tidak seperti diperkatakan orang cumanya masyarakat perlu memberikan sedikit masa untuknya yang dipercayai sedang melalui fasa yang sukar ketika ini.

Bagi saya dia okey sebenarnya, cuma perlu beri sedikit masa kerana ibunya yang masih dalam edah akibat kematian suami.

Sumber: Instagram Johan As’ari, Mstar

SKIP THIS AD ×