berita

#BestiesPapeRoger-Percayalah Korang, Penyakit Mental Itu Wujud & Boleh Memberi Kesan Secara Universal!

October 2nd, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Penyakit mental dikatakan sudah lama ada di dunia ini sekitar kurang lebih 550 juta tahun yang lalu tapi korang percaya tak kalau admin cakap yang masih ramai lagi yang tak percaya dan anggap penyakit ini remeh?

Lebih parah apabila ramai yang merasakan penyakit ini hanya boleh didiagnos kepada golongan tertentu sahaja! 

Korang tahu tak yang penyakit mental ni betul wujud dan boleh memberi kesan secara universal?

Ha, apa yang dimaksudkan dengan universal tu?

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger- Penyakit Mental Bukan “Gila”

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger- Kaedah Holistik: Pendekatan Berbeza Untuk Merawat Stres!

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger- Jantung Berdegup Lebih Laju – Korang Mungkin Ada Anxiety!

Kesihatan Mental adalah hak asasi manusia secara universal

Menurut Puan Anita, tema ini diwujudkan untuk mewar-warkan bahawa kesihatan mental ini adalah untuk semua. 

Seringkali kita mengutamakan kesihatan fizikal dan terleka bahawa kesihatan mental juga harus diberi perhatian. Oleh itu, dengan wujudnya tema ini, diharap akses kepada perkhidmatan kesihatan mental akan ditambahbaik sekaligus mendorong orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai topik tabu ini. 

Selain itu, universal ini juga membawa maksud bahawa semua orang berhak untuk mendapatkan perkhidmatan untuk kesihatan mental mereka jika diperlukan. Tak kisah lah orang dewasa, warga emas, remaja mahupun kanak-kanak, semua berhak untuk mendapatkan bantuan. 

Penyakit mental tak ikut kasta!

Selalu kita ingat kalau ada duit mesti tak ada masalah. Mesti segalanya indah. Salah tu guys, sebab setiap individu mempunyai kehidupan yang berbeza-beza. Walaupun seseorang itu berada di dalam golongan T20, tidak semestinya mereka tidak mungkin menghidapi penyakit mental. 

Sama juga dengan jika seseorang itu berada di dalam golongan B40, tidak semestinya mereka akan lebih cenderung untuk mengidap penyakit mental. 

Jadi, jangan pernah kita menolak segala kemungkinan atau sebab seseorang itu boleh didiagnos sebagai pesakit mental tau ok guys?

Korang tahu tak yang pekerjaan juga memainkan peranan dalam kesihatan mental kita? 

Dengar macam tak logik kan? Macam mana kerja boleh ada kena mengena pulak? Sebab tu la admin kata yang perkara ni universal. Sebab korang mesti tak akan terfikir yang perkara tu boleh menyebabkan kesihatan mental korang menurun!

Lebih banyak kita kerja sebenarnya akan menyebabkan kita optimumkan stres kita dan seterusnya menjadikan kita berada di zone of delusion. Bila berada di dalam fasa ini lah yang kita rasa bila kita kerja extra,boss akan lebih nampak kita bagus. 

Padahal ketika itu, korang dah masuk ke zon burn out dah! Bahaya tau zon burnout ni sebab di fasa ini lah kita tak ada daya nak kerja, tak boleh tidur sebab otak tidak mampu untuk shut down! Membuatkan korang tak boleh tidur dan esok pagi confirm tak fresh. Dah tidur 18 jam pun masih badan penat. 

Sebenarnya penting sebelum kita nak dapatkan pekerjaan itu, untuk kita tengok balik diri kita, seberapa jauh kita boleh stretch diri kita untuk menjayakan kerja tersebut. Kena tahu had kita dan bagaimana kita nak top-up balik apa yang kita dah stretch tu.  

Penting untuk korang cari hobi untuk bantu minimumkan level stres!

Jadi penting untuk kita tahu, tahap mental kita berada di mana. Stres itu normal tapi kita kena tahu bagaimana kita nak cover balik mental stres kita tu. 

Korang sangat digalakkan untuk mencari hobi atau mencuba perkara baru yang buat korang happy. Tak kisahlah pergi tengok wayang , baca buku, keluar dengan kawan-kawan. Janji korang boleh keluar sebentar dari ruang lingkup tekanan tu!

Peratusan pesakit mental wanita lebih tinggi daripada lelaki! Kesian para wanita ni tau..

Statistik menunjukkan bahawa  55% wanita didiagnos mengalami sakit mental berbanding lelaki iaitu 45%. Hal ini sedikit sebanyak disebabkan wanita mempunyai hormon yang berubah-ubah. Sebagai contoh, apabila datang bulan, melahirkan anak, menopause, pre-menopause dan sebagainya. 

So guys, be gentle with womens okay? 

Seringkali juga kita dengar yang seseorang itu perlu ke terapi. Namun sejauh mana keberkesanan terapi ni?

Menurut Puan Anita, terapi boleh membantu tapi bukan untuk semua orang. Ia bergantung kepada tahap penyakit mental seseorang dalam proses perjalanan penyembuhan tersebut. Tidak semestinya kita harus menjadikan terapi sebagai permulaan perjalanan. Ia boleh berada di awal, ditengah dan juga diakhir proses penyembuhan apabila kita sudah bersedia untuk melepaskan segala-galanya. 

Malah, ada juga kes penyakit mental yang menjadi lebih teruk selepas melalui terapi. Hal ini terjadi apabila seseorang itu belum lagi bersedia untuk menceritakan kembali masalah mereka. 

Pokok pangkalnya, kita sendiri yang tahu diri kita sendiri dan bila kita bersedia. 

Penting untuk kita normalisasikan perbincangan mengenai penyakit mental ni

Penting untuk kita normalisasikan perbincangan tersebut. Periksa kesihatan korang dan dari situ cuba cari punca masalah tersebut. 

Jangan suka menyendiri dan hadirkan sistem sokongan. Ceritakan masalah  kepada circle yang korang percayadan Amalkan gaya hidup yang sihat seperti tidur yang mencukupi  dan pemakanan yang sihat. Korang juga harus berada dalam environment yang tidak mencetuskan sebarang negativiti dalam diri. Masalah mental mungkin tidak nampak tapi sakitnya sama. 

Janganlah pula mudah menghukum jika ada ahli keluarga atau teman korang menghidapi penyakit mental, 

Walaupun dengan  orang yang kita tidak kenali, jika tidak mahu membantu, elakkan berprasangka buruk dan menjadikan masalah seseorang itu lebih serius dari sepatutnya. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai masalah mental, kaedah rawatan, perkongsian pesakit mental yang lain? 

Korang boleh ke Besties, Paper Roger untuk baca artikel-artikel lain. Korang juga boleh buat luahan hati secara anonymous tau! So guys, pape roger ok? 

Artikel ini adalah kolaborasi bersama MIASA Malaysia dan juga hasil perbincangan  bersama Puan Anita Presiden & Pengasas MIASA

* Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA), atau Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental  – adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Selangor. Ditubuhkan pada bulan September 2017 dan telah berdaftar dibawah ROS dengan nombor pendaftaran PPM-027-10-14092017.Ikuti mereka di Facebook, Instagram dan Twitter untuk maklumat lanjut. 

 

SKIP THIS AD ×