berita

#BestiesPapeRoger- Jantung Berdegup Lebih Laju – Korang Mungkin Ada Anxiety!

October 2nd, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Ramai yang biasa dengar perkataan anxiety, namun berapa ramaikah yang benar-benar faham akan maksud dan tanda-tanda anxiety ini sendiri?

Bagi membantu korang memahami hal ini dengan lebih lanjut, kami kongsikan tanda-tanda dan faktor yang boleh mempengaruhi masalah anxiety.

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger-Percayalah Korang, Penyakit Mental Itu Wujud & Boleh Memberi Kesan Secara Universal!

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger- Penyakit Mental Bukan “Gila”

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger- Kaedah Holistik: Pendekatan Berbeza Untuk Merawat Stres!

Gelisah, cepat letih & jantung berdegup laju antara tanda-tanda anxiety

Menurut Prashanth Vasantha Kumar, Clinical Psychologist dari MIASA Malaysia, anxiety adalah perasaan bimbang, risau atau gelisah yang sangat mendalam. Kebiasaannya, ia sukar untuk dikawal dan mungkin berkekalan untuk tempoh masa yang agak lama.

Dari segi fizikal, biasanya anxiety boleh menyebabkan muscle tension atau kebas pada beberapa bahagian badan dan mereka yang menghidapi anxiety akan mudah terasa letih ekoran terlalu banyak berfikir.

Mereka yang menghidapi anxiety juga lebih mudah untuk rasa kecewa dan marah disebabkan terlalu risau.

Apabila ditanya soal overthinking, Prashanth menyifatkan bahawa mereka yang overthinking cenderung untuk mengalami masalah anxiety namun tidak semestinya orang yang mengalami masalah tersebut menghidapi anxiety.

Tambahnya lagi, antara cara untuk mengenal pasti tanda-tanda anxiety adalah apabila seseorang itu mula hilang tumpuan pada kerja, pelajaran atau aktiviti harian mereka.

Sesetengah orang mungkin merasa hilang tumpuan ini adalah kerana mereka kurang kompeten namun ia sebenarnya adalah salah satu tanda anxiety yang serius.

Tanda lain yang harus diperhatikan adalah apabila jantung berdegup laju.

 Anxiety mempunyai kategori yang agak besar dalam manual kami untuk diagnosis, ada beberapa jenis anxiety salah satunya panic disorder dimana seseorang itu akan mengalami panic attack, dalam keadaan itu mereka akan rasa jantung berdegup laju, menggigil dan berpeluh. – Prashanth

Faktor persekitaran mempengaruhi masalah anxiety

Faktor utama yang ditekankan adalah apabila seseorang itu melalui pengalaman yang agak significant di dalam hidup mereka seperti membesar dalam persekitaran rumah yang abusive dan aggressive. Hal ini bukan sahaja boleh menjadi punca anxiety malah ia boleh membawa kepada masalah mental yang lain.

“Bayangkan kanak-kanak belajar dari kecik bahawa persekitaran mereka adalah tempat yang bahaya, ia secara tidak langsung boleh mempengaruhi kehidupan mereka sehingga menginjak dewasa dan menyebabkan terjadinya masalah anxiety.

Antara sebab lain, anxiety boleh terjadi berikutan pengalaman buruk seperti kemalangan atau tekanan bekerja sehingga menyebabkan seseorang itu berasa resah dan gelisah berpanjangan.

Selain itu, mereka yang menghidapi penyakit fizikal turut berpotensi untuk menghidapi anxiety terutamanya mereka yang berpenyakit kronik.

“Contohnya mereka yang menjalani rawatan untuk kanser akan mudah penat dan mengalami masalah keguguran rambut. Situasi ini meninggalkan kesan pada imej mereka sehingga boleh menimbulkan perasaan risau kepada pesakit.

“Namun, tidak semua individu yang berpenyakit kronik menghidapi anxiety, dengan sokongan yang betul mereka boleh mengatasi perasaan gelisah dan risau tersebut.

Bagaimana caranya untuk membantu mereka yang mengalami anxiety?

“Mereka yang berniat untuk membantu harus tenang dan sabar, kebanyakan individu dalam situasi tersebut mungkin segan untuk berkongsi kerana hal emosi dan kesihatan mental bukan sesuatu yang kerap dibincangkan.

“Apabila mereka bersedia untuk luahkan perasaan, dengar dan elakkan dari menilai atau mengkritik. ” ujar Prashanth.

Beliau turut menekankan bahawa orang ramai harus lebih peka dengan pilihan rawatan dan sokongan seperti klinik kesihatan, non-governmental organization (NGO) dan rawatan swasta untuk membantu mereka yang mengalami masalah mental.

Perlukah pengambilan suplemen untuk mereka yang menghidapi anxiety?

Prashanth berkata , psikiatri mungkin akan mencadangkan beberapa jenis ubat untuk  membantu menenangkan pesakit dengan gangguan mental.

“Namun, Dr Wan Kadir yang juga doktor psikiatri menekankan bahawa pemakanan yang seimbang adalah penting.

“Amalkan diet pelangi, kepelbagaian warna dalam mangkuk menunjukkan ia sebuah diet seimbang.

“Bagaimanapun, ini bukanlah solusi kepada masalah anxiety namun ia sedikit sebanyak membantu”

Paling penting, jangan segan untuk dapatkan rawatan, jika korang mula rasa terganggu dengan keadaan kesihatan mental korang segeralah dapatkan bantuan daripada pakar.

Jangan risau, korang tidak keseorangan. Ramai yang sedia membantu dan sayangkan korang <3

Sempena bulan Kesedaran Kesihatan Mental tahun ni, OHBULAN! telah menyediakan satu platform untuk membolehkan korang memahami dengan lebih lanjut mengenai penyakit mental. 

Korang boleh ke www.ohbulan.com/bestiespaperoger untuk membaca artikel-artikel, video serta join TikTok live kami yang dimana semuanya berkaitan dengan kesihatan mental! 

So besties, apa-apa roger!

Article ini adalah kolaborasi bersama MIASA Malaysia dan juga hasil perbincangan bersama Prashanth Vasantha Kumar, Clinical Psychologist dari MIASA Malaysia

* Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA), atau Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental  – adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Selangor. Ditubuhkan pada bulan September 2017 dan telah berdaftar dibawah ROS dengan nombor pendaftaran PPM-027-10-14092017. Ikuti mereka di Facebook, Instagram dan Twitter untuk maklumat lanjut. 

SKIP THIS AD ×