berita

#BestiesPapeRoger- Penyakit Mental Bukan “Gila”

October 1st, 2023 | by Azyan
Kesihatan & Hidup Aktif

kesihatan mental ohbulan1

“ Malas la aku layan dia ni, gila agaknya!”

“ Aku dah penat dah nak layan mood dia, betul la aku rasa dia gila. Kejap ok kejap tak’

“Dia kata dia ada masalah ‘Depression’, tah betul ke tidak tu. Alasan lah!”

Ayat-ayat ni selalu sangat kita dengar keluar dari mulut orang ramai. Bila dengar je masalah mental mesti orang cakap ‘Gila’. 

Sedikit sebanyak hal ini membuatkan ramai pesakit mental malu dan segan untuk memberitahu  orang sekeliling  mengenai sakit mereka dan akhirnya tidak mahu mendapatkan rawatan. 

Korang tahu tak yang Gila itu sebenarnya boleh dikatakan tidak wujud?

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger-Percayalah Korang, Penyakit Mental Itu Wujud & Boleh Memberi Kesan Secara Universal!

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger- Kaedah Holistik: Pendekatan Berbeza Untuk Merawat Stres!

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger- Jantung Berdegup Lebih Laju – Korang Mungkin Ada Anxiety!

Kenapa sakit mental sering dianggap gila? Adakah penyakit gila itu benar- benar wujud?

Sebenarnya ramai yang selalu terdetik untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai orang-orang yang dikatakan ‘gila’ ni. Admin pasti ramai yang pernah terfikir “Kenapa orang tu gila eh?Apa punca dia jadi macam tu?” 

Tapi, berapa ramai yang betul-betul tanya keberadaan seseorang itu? 

Secara amnya, ramai pesakit mental dianggap gila kerana ramai yang tidak faham atau tidak diberi pendedahan yang sepatutnya mengenai penyakit mental. 

Gelandangan sering dianggap gila kerana mereka ‘invisible’

Kredit Foto: Utusan

Gelandangan yang sering dianggap tidak waras sebenarnya jika diberikan rawatan yang bersesuaian dengan masalah mereka secara konsisten, diberikan tempat tinggal dan sebagainya, mereka juga ada peluang untuk sembuh. Namun, mereka disisihkan. 

Boleh dikatakan, the worst person dalam dunia ni untuk ada sakit mental adalah gelandangan, kerana disaat itu lah mereka menjadi invisible. Tiada yang membantu, namun ramai pula yang menghukum, maka dari situ lah bermulanya mereka dipanggil gila dan sebagainya. 

Sedangkan kita ketika PKP pun sudah tidak keruan, inikah pula mereka yang memendam sekian lama masalah mereka tanpa sesiapa pun hadir untuk mendengar. 

Bagaimana pula dengan rawatan?

Selain itu, seringkali juga kita berada di dalam situasi dimana seseorang itu bersikap ‘denial’  dan mengharapkan orang untuk faham yang kelakuan mereka berdasarkan masalah penyakit mental yang mereka hadapi. 

Jadi, apa yang perlu kita buat apabila berada di dalam situasi ini? 

Secara lumrahnya, semua manusia dalam dunia ni ada orang yang mereka percayai. Individu  ini  perlu berada di dalam circle sistem sokongan pesakit tersebut supaya apabila mereka berada dalam fasa manic (iaitu berasa mereka lebih tinggi dari orang lain), orang tersebut boleh membantu. Realitinya, apabila seseorang itu ada masalah mental, ujian itu bukan untuk orang itu sahaja, tapi untuk orang sekeliling mereka juga. 

Admin percaya, tak ada orang hidup dalam dunia ini untuk berseorangan guys, maka jadilah seseorang yang boleh membantu orang lain. Mungkin, dengan bantuan korang tu, kawan korang akan jadi lebih sihat seperti sediakala. 

Semua penyakit mental boleh sembuh, namun..

Pesakit mental memerlukan  satu pendekatan menyeluruh dan rawatan itu harus dilakukan secara konsisten dari masa ke semasa kerana simptom selalunya akan berulang. Jadi, setiap individu memerlukan jangka masa yang berbeza untuk sembuh.

Rawatan yang diberikan juga berbeza mengikut umur,diagnosa, sistem sokongan dan sebagainya.  

Sudah tentu, bukan mudah untuk seseorang menerima diagnosa masalah penyakit mental kerana ia hadir dengan banyak tanggapan, label dan perspektif negatif.

Hal ini sekaligus menjadikan seseorang itu akan berada di dalam fasa denial (tidak terima) dan hilang keyakinan diri. 

Jadi sebagai ahli keluarga dan sahabat, korang perlu sabar, beri masa dan sentiasa memberi sokongan untuk pesakit. 

Apakah cara yang betul untuk kita bercakap dengan orang yang mempunyai masalah gangguan mental?

kesihatan mental ohbulan 1

Bila seseorang itu datang dan mula berkongsi masalah mental mereka dengan korang, cuba elak kaitkan masalah tersebut dengan spiritual. Elakkan dialog-dialog tersebut:

  • “Kau mesti tak solat kan? Sebab tu kau kene sakit ni.”
  • “Balik lah kepada Allah, kau tak ada iman ni. Mana ada masalah macamni”
  • “Orang lain pun ada masalah, tapi bila solat hilang semuanya”

Jangan sesekali meletakkan sebarang hukuman ke atas individu tersebut. Sama juga seperti kita tidak akan meletakkan hukuman yang sama di atas pesakit jantung, darah tinggi, kencing manis, cancer dan sebagainya betul tak?

Untuk mereka berkongsi masalah tersebut sahaja sudah mengambil masa yang lama selepas seberapa lama mereka pendam, jadi respond sebegini semestinya membuatkan mereka lebih down dan menyisihkan diri. 

Korang kena faham, hidup sebagai pesakit mental ni tidak mudah. Setiap hari mereka bangun dari tidur untuk teruskan hidup juga diibaratkan  satu perjuangan bagi diri mereka. Jadi kenapa kita perlu menambah kesakitan jika tidak mampu menolong?

Jangan gunakan terma klinikal secara longgar

Sebagai contoh “Tak dapat beli air viral tu lah, depressed lah macam ni!”. Apabila ramai sangat menggunakan terma itu secara longgar, ia membuatkan pesakit yang sebenar juga menganggap perkara itu remeh dan tidak serius. 

Untuk pengetahuan korang, seseorang itu BOLEH untuk berhenti bergantung kepada ubat jika mendapatkan rawatan secara konsisten. Namun, ia bergantung kepada cara hidup, pemakanan mereka dan sebagainya. 

Jadi kita sebagai teman, keluarga janganlah mudah menghukum.Lebih-lebih lagi kepada orang yang kita tidak kenali, jika tidak mahu membantu, elakkan berprasangka buruk dan menjadikan masalah seseorang itu lebih serius dari sepatutnya. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai masalah mental, kaedah rawatan, perkongsian pesakit mental yang lain? 

Korang boleh ke Besties, Paper Roger! untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan dengan kesihatan mental. Korang juga boleh buat luahan hati secara anonymous tau! So guys, pape roger ok? Jangan sisihkan diri dan jangan menyendiri. 

Artikel ini adalah kolaborasi dan perbincangan bersama Puan Anita Presiden & Pengasas MIASA

* Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA), atau Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental  – adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Selangor. Ditubuhkan pada bulan September 2017 dan telah berdaftar dibawah ROS dengan nombor pendaftaran PPM-027-10-14092017. Ikuti mereka di Facebook, Instagram dan Twitter untuk maklumat lanjut. 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×