Penjagaan kulit badan sama pentingnya seperti mana korang selalu amalkan rutin penjagaan kulit wajah yang konsisten. Kalau ianya tak dijaga dengan baik, korang mungkin akan mengalami masalah dehidrasi atau kekeringan kulit.
Punca kekeringan kulit ni boleh jadi kerana beberapa sebab termasuklah cuaca, kurang minum air, penggunaan bahan yang tidak sesuai dengan kulit dan beberapa faktor lain.