Jarang sekali untuk kita mendengar berita sebegini. Ya, pasti akan ada peminat yang terasa hati dengan kenyataan Taeyang ini.
Apa tidaknya, selepas mengetahui peminat-peminatnya telah membuat pelbagai persediaan untuk meraikan hari jadinya pada 18 Mei nanti, Taeyang meminta mereka agar mendermakan hadiahnya kepada orang lain.
Menerusi laman Twitternya, selebriti yang popular melalui kumpulan Big Bang ini telah menulis,
“I realize that places here and there are preparing my birthday present, but I’ll only take your love and thoughts. :) I already have a lot, so I hope you understand that you use it somewhere else that needs it more than I do.. I’m thankful for all the love you’ve given me, and I’ll respond with good music!!”
Penyanyi berusia 25 tahun ini bagaimana pun menerima respon yang positif dari peminatnya dan ramai yang terharu dengan tindakannya itu.