berita

Pasangan Lesbian Disebat Di Terengganu, Ini Komen Mujahid Rawa

September 4th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Pelaksanaan hukuman sebat terhadap pasangan lesbian di Terengganu yang mengaku salah cuba melakukan hubungan seksual mendapat perhatian ramai. Dilaporkan, kedua pesalah tersebut disebat sebanyak enam kali setiap seorang sambil disaksikan oleh 100 saksi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan meminta orang ramai tidak mempertikaikan undang-undang islam yang kononnya disifatkan sebagai zalim dan kejam.

Pesalah tak buat rayuan

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Mujahid memberitahu hukuman itu diterima sepenuh hati oleh pesalah kerana tiada rayuan yang dibuat selepas 14 hari dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Selepas dijatuhkan hukuman, kita bagi masa sehingga 14 hari untuk pasangan itu merayu atau meminta hukuman yang lebih ringan.

Tetapi mereka sendiri tidak mahu berbuat demikian malah sanggup untuk menjalani hukuman tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Jadi kenapa mesti ada pihak yang hendak mempertikaikan undang-undang Islam yang kononnya disifatkan zalim atau kejam sedangkan pesalah sendiri tiada masalah malah sedar akan kesalahan mereka dan sedia dirotan.

Kaji kehadiran orang awam

Mujahid turut menegaskan hukuman daripada undang-undang syariah terhadap pesalah umat Islam bukan bertujuan hendak menakutkan tetapi satu bentuk hukuman bagi mendidik dan memberikan pengajaran kepada mereka.

Namun Mujahid menegaskan aspek kehadiran orang awam semasa proses hukuman dijalakan perlu dikaji semula.

Ia (peruntukan) perlu dilihat, sama ada orang awam boleh hadir sekali. Sama ada pegawai (pihak berkuasa) dua tiga orang sudah boleh dikira sebagai orang awam. Bagi saya itu proses teknikaliti dan boleh dibawa ke perdebatan

Sumber: Utusan,Kosmo

SKIP THIS AD ×