Hari guru merupakan hari yang disambut untuk menghargai jasa dan pengorbanan tenaga-tenaga pelajar di seluruh dunia.
Namun begitu, seorang guru menerima nota daripada anak muridnya yang tidak disangka berakhir dengan ‘keinsafan’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelajar Sekolah Menangis Kuih Dibawa Tidak Dimakan Rakan Sekelas Ketika Jamuan Hari Raya
Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Hadiahkan Tiket Umrah Sebagai Tanda Balas Jasa Guru – ‘Malu, Saya Nakal Dulu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Minta Maaf Mampu Bagi RM5 Je’ – Cikgu Sebak Dapat Duit Raya Dari Anak Murid
‘Insaf cikgu’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang individu memuat naik sekeping nota yang dipenuhi dengan penulisan daripada seorang pelajar yang dipercayai berusia 9 tahun buat gurunya sempena hari guru.
Dalam nota tersebut dilihat satu pengakuan jujur yang dibuat mengenai kerja sekolah yang diterima.
Saya nak jujur sebenarnya saya tak suka kerja sekolah. Kalau buat kerja sekolah banyak sangat, nanti saya mengantuk. Sebab saya mula pada 9:o0 malam dan selesai pukul 11:00 malam.
Tambah pelajar itu, dia memahami tindakan gurunya memberi kerja sekolah yang banyak adalah untuk persiapan ke tahap seterusnya.
Apa yang menarik perhatian netizen apabila diakhir nota tersebut diselitkan dengan peringatan untuk menghafal surah Al-Kahfi dan Al-Mulk dek kerana dunia sekarang yang dipenuhi dengan fitnah.
Tarbiah halus
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan penulisan pelajar tersebut. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang menganggap ianya sebagai satu mesej untuk kita sentiasa seimbangkan hal dunia dan akhirat.
Sumber: Twitter @ajarmalaysia