berita

Bila Pelajar Genius Seni Koir Cover Lagu Final AJL35, ‘Cute’ Je Siap Menari Lagi!

March 3rd, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

12 lagu AJL35 Medley dinyanyikan oleh pelajar Genuis Seni Koir sempena acara gilang-gemilang yang mempertandingkan lagu terbaik yang bakal berlangsung pada 14 Mac 2021 ini.

Artikel berkaitan: Dipuji Suara Sedap Cover Lagu AJL, Rupanya Hannah Delisha Pemilik 3 Lagu Ini.. 9 Juta Views!

Artikel berkaitan: ‘Hutang’ Lagu Pertama Masuk Final AJL, Floor 88 Dah Rancang Buat ‘Surprise’ Paling Gempak

Artikel berkaitan: ‘Macam Pergi Perang Seorang Diri’ – Amir Masdi Janggal AJL35 Tanpa Penonton

#AJL35 MEDLEY

Setelah AJL ditunda dari tarikh yang sepatutnya berlangsung awal tahun ini gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan, kini acara gilang-gemilang Anugerah Juara Lagu ke 35 (AJL35) bakal berlangsung pada 14 Mac 2021 ini. Akhirnya tarikh ini akan memperlihatkan semua finalis berentap untuk mengejar gelaran juara AJL 35.

Menerusi video medley berdurasi 6 minit itu, 4 pelajar Genius Seni yang terdiri daripada Zaq, Mawar Irdyna, Sera Yue dan Izz Quedy mendendangkan kesemua lagu final AJL35.  Persembahan dimulakan dengan lagu Peluang Kedua, diikuti beberapa lagu lain. Namun, paling mencuri perhatian apabila kesemua pelajar menari semasa mendendangkan lagu Hati nyanyian Hael Husaini. Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 40 ribu tontonan sejak dimuat naik semalam.

Sebelum ini, tular tentang Medley AJL35 yang dinyanyikan oleh empat selebriti yang terdiri dari Raysha Rizrose, Hannah Delisha, Azmi Saat dan Dean Eiman.

Hampir ke kemuncaknya, jadi jangan lupa untuk saksikan Anugerah Juara Lagu 35 akan datang 14 Mac 2021, Ahad 9 malam di TV3 dan Strim LIVE di tonton dan YouTube TV3 Malaysia.

Sumber: TV3 Malaysia Official

SKIP THIS AD ×