berita

Pelajar Tahfiz Allahyarham Thaqif Meninggal Dunia Kerana Kencing Tikus – Ketua Pengarah Kesihatan

July 10th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Sekitar April yang lalu seorang pelajar tahfiz, allahyarham Mohamad Thaqif dilaporkan meninggal dunia selepas kecederaan di beberapa bahagian badan selepas didakwa disebat oleh pembantu warden asrama. Pembantu warden itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 pada 3 Mei lalu.

Hari ini menerusi laporan Harian Metro, keputusan bedah siasat mendapati allahyarham meninggal dunia berpunca daripada penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan.

Berpunca daripada penyakit bukan trauma

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penyebab kematian kanak-kanak itu adalah kencing tikus (Leptospirosis).

Ia dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya membabitkan kegagalan organ untuk berfungsi.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan merujuk laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu. Katanya, proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian dilakukan pada 6 petang hari yang sama kanak-kanak itu meninggal dunia.

Beberapa sampel tisu dan darah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.

Susulan daripada kejadian itu juga, satu Jawatankuasa Khas Siasatan ditubuhkan bagi menyiasat kes ini.

Menurutnya, jawatankuasa itu membabitkan Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata berdasarkan laporan perubatan itu, pihaknya akan mengemaskini kertas siasatan.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×