berita

‘Pelitup Muka Jenis Fabrik Bukan Punca Jangkitan Covid-19’ – KKM

January 15th, 2021 | by Aizzat
Kini Trending

Penularan kes Covid-19 di Malaysia yang semakin membimbangkan pasti secara tidak langsung akan mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila berita-berita palsu yang disebarkan melalui media sosial.

Artikel berkaitan: Kerana Nila Setitik, Habis Satu Kampung Kena Buat Ujian Covid-19 Di Tanah Merah!

Artikel berkaitan: Pendaftaran Suntikan Vaksin Covid-19 Akan Dibuka, Ini Golongan Pertama Yang Bakal Terima

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang pelitup muka jenis fabrik punca jangkiti Covid-19. Namun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil untuk menafikan kesahihan berita tersebut.

Periksa kesahihan sebelum menyebar

Menurut laporan yang dipetik dari Bernama, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan berita tersebut adalah tidak tepat dan mengelirukan orang awam. Sehubungan dengan itu, makluman mengenai berita palsu itu dikeluarkan oleh Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 12.45 tengah hari tadi.

Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru orang ramai untuk merujuk media sosial rasmi KKM di Facebook, Twitter dan Instagram bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Penularan berita palsu bukanlah satu fenomena yang baharu, tetapi kesannya akan dapat dilihat lebih jelas pada waktu sukar pandemik Covid-19 ini. Orang ramai juga diminta periksa maklumat dahulu sebelum menyebarkannya bagi mengelakkan daripada kekeliruan dan panik.

Sumber: Bernama.

SKIP THIS AD ×