
Keretakan rumah tangga pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli ternyata turut memberi kesan kepada peminat mereka.
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Nekad Mahu Berpisah Dengan Kamal Adli, Kuat Demi Anak
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ini Pengakhiran Uqasha’ – Peguam Dedah Punca Cerai Tiada Persefahaman Dengan Kamal Adli
Doa peminat

Menerusi sebuah hantaran, seorang pengguna Threads iaitu Adyera Yazid meluahkan rasa sebak selepas mendengar perkhabaran tentang perceraian Uqasha dan Kamal.
Sebagai seorang peminat, wanita itu mendoakan agar rumah tangga mereka dapat diselamatkan meskipun sedang retak menanti belah.
Saya ini bukan siapa-siapa pun dengan Kamal dan Uqasha, tapi tak tahu kenapa rasa sedih dengan berita mereka.
Malam tadi selepas solat Isyak, saya doakan khusus untuk mereka. Minta semoga Allah campakkan kembali rasa kasih sayang dan rindu dalam hati masing-masing.
Saya minta supaya Allah pulihkan dan baikkan mereka. Kurniakan mereka kebahagiaan yang berpanjangan.
Dalam masa yang sama, wanita berkenaan berharap pasangan pelakon itu tetap bersama walau apa pun dugaan yang menimpa mereka.
Dalam rumah tangga, adatlah bertelingkah..asam garam.
Yang pasti walau apa pun ujian, jangan pernah saling meninggalkan.
Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Mahkamah kemudian menetapkan 28 Oktober sebagai tarikh baharu untuk prosiding seterusnya kes perceraian Uqasha dan Kamal.
Keputusan itu dibuat oleh hakim susulan ketidakhadiran pihak defendan iaitu Kamal pada prosiding pertama.
Menurut peguam yang mewakili Uqasha, permohonan cerai difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada persefahaman antara pasangan terbabit.
Imbas kembali, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Sumber: Threads







