berita

Pendakwaan Serah Dua Dokumen Perubatan, Mahkamah Tetap 5 Mei Tarikh Sebutan Semula Kes Rogol Da’i Syed

March 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Jika sebelum ini, pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed memberitahu bahawa dia bersedia untuk menjalani perbicaraan terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya pada Disember tahun lalu.

Artikel berkaitan:‘Sudah Tentu Saya Sedia Untuk Dibicarakan’ – Kes Mahkamah Da’i Syed Ditangguh Ke 19 Mac Ini

Artikel berkaitan:Da’i Syed Berdepan Dakwaan Seks Luar Tabii & Keganasan Seksual Terhadap Penuntut

Artikel berkaitan:Tetap Syarat Tak Ganggu Mangsa, Dai Syed Bakal Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin RM35,000

Terbaru, pihak pendakwaan sudah menyerahkan dua laporan perubatan berkaitan kes rogol membabitkan pendakwah selebriti tersebut.

5 Mei sebutan semula kes

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Nor Baizura Mohd Saubian memaklumkan perkara tersebut semasa kes itu disebut semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rihaida Rafie hari ini. Tambah beliau, dua dokumen perubatan dari Hospital Shah Alam dan Hospital Temerloh sudah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Bagaimanapun satu lagi dokumen perubatan dari Hospital Kajang dan satu laporan kimia masih belum diserahkan dan akan diberi kepada pihak pembelaan dalam masa terdekat.

Ujar peguam Syed Amirul Syed Edros pula, pihaknya sudah menerima kedua-dua dokumen perubatan tersebut dan pihak mahkamah menetapkan 5 Mei untuk sebutan semula kes.

Mengaku tidak bersalah

Pada 10 Disember tahun lalu, Da’i Syed mengaku tidak bersalah merogol seorang wanita berusia 23 tahun di dalam bilik di sebuah kondominium Seksyen 7, Shah Alam. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Di samping itu, dia didakwa mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas mangsa yang sama. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana pada 17 Oktober 2020.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×