berita

Pengantin Wanita Terima Mas Kahwin 125 Gram Emas & Wang Tunai RM1.6 Juta Cetus Perhatian

October 26th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

 

Bagai bulan jatuh ke riba, itulah peribahasa yang sesuai digunakan bagi seorang pengantin wanita dari Indonesia yang dikatakan menerima mas kahwin berupa emas seberat 125 gram dan cek bernilai 500,000 dolar Australia (anggaran RM1,557,862.02) daripada pihak pengantin lelaki.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengantin Wanita Terima Geran Tanah, & 1 Set Perhiasan Emas Sebagai Mas Kahwin – ‘Memang Kaya Betul’

Artikel Berkaitan: Pakai Emas 60kg Masa Kahwin, Tetamu Kasihan Pengantin Perempuan Kena ‘Tayang’ Hantaran’ Suami

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Emas 1/2 Kilogram, Rumah Agam 3 Tingkat & Duit Hantaran RM30k, Wanita Bertuah Dapat Suami Kaya!

Difahamkan, majlis serba mewah itu berlangsung pada 16 Oktober yang lalu, di sebuah lokasi popular di Banten, Kebon Sengon Sari Kuring, Indonesia.

Majlis serba mewah

Lapor Suara.Com, pengantin wanita tersebut berasal dari bandar Cilegon dalam wilayah Banten berkahwin dengan seorang lelaki dari Australia. Video yang dikongsi perancang majlis perkahwinan @ThePlatinumWo telah tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada warganet yang begitu teruja dengan jumlah hantaran yang diterima oleh pihak pengantin wanita.

Saya terima nikahnya dan kahwin pada Syans Dias Aulia Abiandti binti H. Abi Kosim Syafei dengan mas kahwin logam mulia (emas) 125 gram dan cek 500,000 dolar Australia dibayar tunai.

Menerusi video pendek dikongsi memaparkan momen pengantin merpati dua sejoli ini yang selamat disatukan dan mereka segak memakai busana pengantin berwarna putih.

Jangan sampai video ini ditonton oleh calon mentua anda. Amat berbahaya sekiranya si lelaki ingin meminang calon isterinya, dia akan dibandingkan dengan jumlah mas kahwin yang diterima wanita ini.

Video penuh:

@theplatinumwo The Wedding Of Syans & James 16 Oktober 2021 #fyp #fyp? #berandafyp #wedingtiktok #weddingorganizerbandung #weddingorganizerbanten #fy #mahar ? suara asli – TheplatinumWO

Untung dapat suami kaya

Sumber: Suara.Com & ThePlatinumWo

SKIP THIS AD ×