Gambar sekadar hiasan
Mangsa gangguan seksual yang juga merupakan penghidap barah payu dara mengalami trauma setelah melalui pengalaman yang menakutkan dengan majikannya yang merupakan seorang figura bergelar ‘ayahanda’ di Selangor.
Artikel Berkaitan: Pemuda Cabul 35 Budak Lelaki, Buat ‘Projek’ Lepas Mangsa Pulang Dari Masjid
Artikel Berkaitan: Atuk Warak Rajin Ke Masjid Didakwa Ramas Kemaluan Budak Lelaki 12 Tahun Sampai Mati
Sifatnya yang ‘gatal’
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, Ana, 49 mengatakan mengenali suspek yang berusia 70-an setelah dia bekerja di sebuah syarikat membekal buruh asing milik lelaki itu pada 2021, namun meletakkan jawatan berikutan masalah kesihatan dialami anaknya.
Tambahnya lagi, lelaki itu memang terkenal dengan sifatnya yang ‘gatal’ di kalangan pekerja kerana sering bercakap perihal lucah, namun ia sering menganggapnya sebagai satu gurauan.
Sejak tahun lalu saya mula bekerja semula dengan lelaki itu tetapi sebagai setiausaha di sebuah persatuan Islam dan dia sebagai pengerusi. Saya mulanya berasakan lelaki itu tidak berani membuat perkara bukan-bukan atas nama persatuan.
Malangnya tabiat miang lelaki itu masih sama, dia cuba pegang tangan, dagu dan bahagian belakang namun saya sering menjauhkan diri dan mengelak daripada berada berdua di pejabat.
Namun sekitar Mei, lelaki itu lebih agresif dan bertindak meraba buah dada saya daripada belakang ketika di pejabat.
Ana yang berasa maruahnya dipermainkan, telah mengambil langkah untuk membuat laporan kepada pihak polis. Selain itu, Ana juga meminta rakan sekerja yang didakwa sering kali menjadi mangsa serangan seksual oleh suspek untuk turut melaporkan kejadian tersebut.
Pada mulanya, Ana berasa takut untuk membuat laporan tetapi disebabkan mempunyai sokongan daripada rakan dan ahli persatuan lain dia memberanikan diri untuk tampil.
Walau bagaimanapun, kebanyakan rakan sekerja Ana enggan membuat laporan kerana mereka melihat lelaki tersebut sebagai ‘bapa-bapa’ atau ‘datuk-datuk’, dan ada yang menganggap tindakannya hanyalah sebagai gurauan.
Sumber: Harian Metro