berita

Peniaga Terkilan Kena ‘Game’, Pelanggan Cancel Order 30 Biji Burger Masa Rider OTW Nak Hantar

August 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sudah jatuh ditimpa tangga, seorang peniaga meluahkan rasa terkilan apabila pelanggan yang memesan makanan dalam kuantiti yang banyak membatalkan pesanan pada saat akhir.

Artikel Berkaitan: Punya Takut Suami Marah Bayar Caj COD, Wanita Gigih Kira Kos Peniaga Sampai Guna Excel!

Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…

Artikel Berkaitan: Minta Tolong Suami COD Barang, Rupanya Ada Wanita Gatal Dah ‘Target’…Siap Berani Minta Nombor!

Dah order banyak boleh pula cancel!

Sekadar gambar hiasan

Kisah itu diceritakan oleh seorang peniaga burger dikenali sebagai Nusantara Burger di Facebook yang menerima pesanan 30 biji burger oleh pelanggan. Namun ketika sedang perjalanan untuk menghantar semua burger itu, pelanggan membatalkan pesanan.

First time sapat customer order lewat pada pukul 9.30 malam. Order burger ayam special 15, daging special 15. Elok dalam perjalanan nak COD, terus dia call cancel order sebab lambat.

Berbicara lebih lanjut, peniaga ini pada mulanya sempat meminta pelanggan tersebut untuk membayar terlebih dahalu namun, pelanggan itu memberikan alasan dan mahu menggunakan kaedah Cash On Delivery.

Sebelum nak buat, minta suruh transfer. Customer cakap tak ada kad ATM, nak bayar cash. Bertabahlah, mungkin ujian daripada Allah. Rezeki untuk gelandangan.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa peniaga burger ini dan ada juga yang mendakwa, itu merupakan taktik yang digunakan oleh pelanggan bagi menjatuhkan perniagaan seseorang itu.

Sumber: Nusantara Burger via Burger Malaysia

SKIP THIS AD ×