Sekadar gambar hiasan
Gara-gara terlalu percaya akan mesej yang diberikan dari rakan, seorang wanita dan anak-anaknya sanggup minum air kencing sendiri selama 4 hari kerana percaya ianya mampu merawat covid-19.
Artikel berkaitan: Lengkap Tujuh Hari Selepas Suntikan Pertama, Lelaki Kongsi Pengalaman Ujian Pra-Klinikal Vaksin Covid-19
Artikel berkaitan: Covid-19: Hotel Di Afrika Selatan Guna Robot Pelayan Ambil Alih Tugas Pekerja
Minum air kencing sendiri ‘rawat’ koronavirus
Foto: The Diagnosa
Menurut laporan dari Evening Standard, seorang ibu dan anak-anaknya mengamalkan minum air kencing sendiri selama empat hari berturut-turut akibat terlampau taksub dengan berita palsu yang disebarkan menerusi WhatsApp.
Wanita tersebut juga dipercayai turut menyatakan bahawa vaksin Covid-19 telah dimanipulasi jutawan, Bill dan Melinda Gates serta berbahaya buat keluarganya. Menurut Healthwatch Central Health London, laporan mendapati bahawa keluarga tersebut menjadi mangsa berita palsu yang tersebar di WhatsApp. Tambahan pula, berita palsu itu disebarkan oleh rakan kepada wanita tersebut yang menyebabkan wanita tersebut dan anak-anaknya sanggup minum air kencing sendiri setiap pagi selama 4 hari.
Wanita tersebut turut menyatakan bahawa dia lebih percaya kepada rawatan tradisional daripada vaksin kerana ianya lebih berbahaya untuk keluarga wanita tersebut. Namun, selepas 4 hari, mereka mula berhenti minum air kencing sendiri.
Ketua Perubatan sebuah hospital di England, Simon Stevens pula berkata, negara itu masih dalam peperangan melawan maklumat palsu berhubungan pandemik itu.
Sumber: Evening Standard