berita

Permohonan Bantuan RM1000 Kepada Anak Selangor Masuk Universiti Kini Dibuka

March 1st, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

 

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi HPIPT kini dilaksanakan lagi oleh Yayasan Selangor kepada anak Selangor yang berada di dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah. Pemohon boleh memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) berjumlah RM1,000 mulai hari ini.

Artikel berkaitan: Pelajar Cemerlang Bakal Terima Tajaan RM40k Dari Ebit Lew Untuk Lanjutkan Pelajaran

Artikel berkaitan: Pelajar Malaysia Di Korea Dakwa Kena Buang Dari ‘Group’ Belajar?

HPIPT untuk anak Selangor

Foto: Portal HPIPT

Inisiatif HPIPT ini telah dilaksanakan sejak 2008. Inisiatif ini adalah untuk meringankan beban pelajar dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di IPT awam dan swasta.

Yayasan Selangor menyatakan bahawa pemohonan ini hanya dibuka kepada pelajar tahun pertama yang menerima tawaran pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda, diploma serta sijil kemahiran tahap empat di IPT awam dan swasta. Selain itu, bantuan ini hanya dibuka kepada Anak Selangor dalam kalangan keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah

Pelajar yang berminat untuk memohon boleh dibuat secara dalam talian menerusi hpipt.selangor.gov.my mulai 1 Mac sehingga 31 Mac.

Selain itu, kepada pelajar yang menetap di Selangor lebih dari setahun juga boleh memohon untuk inisiatif ini. Syarat lain untuk memohon inisiatif ini adalah warganegara dan mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Yayasan, dokumen sokongan boleh dihantar ke Urus Setia HPIPT Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 3 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor.

Sumber: Selangor Kini

SKIP THIS AD ×