berita

Perniagaan Terjejas Teruk Kerana PKP, Espressolab Jual Kopi Premium Dalam Kotak

March 9th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: GoodNews

Joshua Liew, pengasas bersama Espressolab Asia Pacific Sdn Bhd, memohon rakyat malaysia untuk terus membantu dan menyokong untuk menyelamatkan perniagaan beliau yang sedang menghadapi kesusahan.

Artikel berkaitan: 10 Peniaga Tempatan Kongsi Kisah Susah & Senang Demi Mengubah Kehidupan Mereka

Artikel berkaitan: Kami Kongsikan 10 Kisah Inspirasi Usahawan Tempatan Untuk Korang Jadikan Pembakar Semangat!

Artikel berkaitan: Hilang Anak, Banjir, Rugi Teruk – 10 Pengusaha PKS Kongsi Pahit Getir Perniagaan Mereka

Terjejas disebabkan PKP

https://www.facebook.com/701252911/posts/10158579336687912/

Menerusi status Facebook Joshua Liew, beliau memaklumkan Espressolab terjejas teruk sejak PKP dilaksanakan tahun lalu. Ada pekerja yang sanggup menangguhkan dan mengurangkan gaji mereka demi membantu Espressolab untuk berdiri teguh.

Pekerja saya sanggup menangguhkan atau mengurangkan gaji mereka, dengan pemahaman bahawa apabila perniagaan bertambah baik, kami akan memberi ganti rugi kepada mereka.

Tambahan pula, pihak mereka terpaksa mengeluarkan duit simpanan sendiri untuk meneruskan kelangsungan syarikat tersebut. Joshua Liew juga turut menyatakan bahawa beliau sendiri sudah lama tidak mendapat gaji.

Apa yang kami tidak jangkakan ialah PKP akan menyerang kami pada Oktober 2020. Tetapi lagi dasyat apabila kami dikejutkan dengan PKP 2.0 pada tahun 2021.

Usaha kami sampai sejauh ini bukan hanya untuk kami berhenti disini

Itulah kata-kata semangat yang dikatakan oleh Joshua Liew. Selain itu, Beliau juga turut meminta bantuan daripada orang-orang yang dikenali di media sosial demi membantu syarikat tersebut untuk menempuh waktu-waktu terdesak ini.

Beli kopi dan bantu Espressolab

Foto: Carousell

Joshua Liew memohon kepada semua orang untuk membeli Sachets Coffee Espressolab. Terdapat 10000 kotak Sachets Coffee Espressolab yang menakjubkan yang boleh dibeli oleh orang ramai demi membantu Espressolab untuk terus maju dan yang paling utama adalah demi memberi gaji kepada perkerja-perkerja Espresssolab dan juga perbelanjaan lain seperti sewa.

Saya tidak meminta sumbangan, tetapi saya memohon bantuan dari orang ramai untuk membeli kopi dari Espressolab dan membantu perniagaan kecil ini untuk melalui tempoh yang sukar ini.

1 kotak mengandungi 10 sachet yang berharga RM25 sekotak dan 1 set adalah 4 kotak. Beliau juga menawarkan 1 kotak percuma untuk setiap pembelian 3 kotak, oleh itu 1 set (4 kotak) adalah RM75, termasuk penghantaran ke mana sahaja di Malaysia.

Tujuan utama saya adalah untuk menjual semua 10000 kotak dan saya sangat menghargai pertolongan anda dalam membantu Espressolab untuk bertahan dan terus menghidangkan kopi yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Klik https://kravve.co/orderForm/espressolab untuk membeli.  Jangan lupa gunakan promo code FREESHIP untuk mendapatkan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.

Sumber: Facebook Joshua Liew

SKIP THIS AD ×