Gambar sekadar hiasan
Seorang doktor yang juga pakar urut didapati bersalah atas kesalahan mencabul seorang pesakit wanita yang dilawatinya selepas mangsa keluar dari hospital.
Artikel Berkaitan: Guru Tuisyen ‘Ratah’ Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
Artikel Berkaitan: Lelaki Hampir Dibakar! Anak Tiri Bawah Umur Mengadu Dipaksa Urut & Dicabul
Akses data pesakit
Foto: Mirror UK
Memetik laporan Mirror UK, suspek Simon Abraham yang berkerja di Hospital Besar Daerah Eastbourne menghubungi mangsa pada Oktober 2020 selepas wanita itu mengadu mengalami sakit kepala yang teruk.
Ketika berada di rumah mangsa, Abraham yang pernah menerima latihan mengurut di India itu didakwa mencabul wanita berkenaan sebelum keluar dari rumah tersebut.
Susulan itu, mangsa memaklumkan kepada pihak hospital dan melaporkan kepada polis bagi menyiasat doktor berkenaan.
Menurut Konstabel Detektif, Jo Gledhill berkata Abraham telah mengakses data peribadi pesakit sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.
Abraham mengambil kesempatan daripada kesakitan mangsa, dia mengakses butiran pesakitnya walaupun dia tidak merawatnya secara rasmi.
Dia kemudian melawat mangsa setelah selesai waktu bekerja dengan mendakwa bahawa dia boleh mengurut kepala mangsa.
Pada 26 Mei lalu, doktor berusia 34 tahun itu hadir ke Mahkamah Chichester Crown dan didapati bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita setelah selesai perbicaraan selama empat hari.
Abraham dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan dan diletakkan di dalam daftar pesalah seks selama 10 tahun serta lima tahun perintah sekatan bagi melindungi mangsa.
Sumber: Mirror UK