berita

Polis Nafi Kompaun Tukang Masak RM10 Ribu

March 15th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Wilayahku

Susulan daripada  isu pertikaian berkenaan kompaun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang berlaku di Kampung Rapat, Ipoh, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan berikutan kes yang telah tular di media sosial baru-baru ini.

Artikel berkaitan: 9 Pengemis Tak Pakai Pelitup Muka Berdepan Kompaun RM10 Ribu

Artikel berkaitan: Kena Kompaun RM10 Ribu Letak Pelitup Muka Di Dagu

Artikel berkaitan: Dikompaun RM10 Ribu Gagal Scan MySejahtera Masuk Kedai Makan

Tiada kompaun sebegini dikeluarkan

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157761523965952

Isu ini telah dimuat naik oleh ‘Kuan Chee Heng’ di Facebook dan dikongsikan oleh Facebook Najib Razak. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz turut berkata bahawa pihaknya telah menjalankan siasatan susulan isu pertikaian berkenaan kompaun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang berlaku di Kampung Rapat

Jelas beliau, semakan daripada pihak polis mendapati bahawa tiada kompaun sebegini dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB dari polis daerah Ipoh. Beliau juga berkata bahawa semakan lanjut dengan pemilik akaun Kuan Chee Heng juga turut mendapati bahawa pengadu gagal dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan oleh pemilik akaun laman sosial itu.

Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa peka dan mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Dalam perkara sebegini, diharapkan agar segala permasalahan, pertikaian, maklum balas mengenai tindakan undang-undang oleh pihak polis disalurkan melalui saluran yang betul dan bukan disebarkan sewenang-wenangnya melalui media sosial tanpa disokong oleh fakta sebenar.

A Asmadi juga turut menegaskan bahawa PDRM Daerah Ipoh sentiasa menjalankan amanah penguatkuasaan undang-undang dengan adil dan profesional, khususnya dalam membantu mengawal penularan wabak Covid-19 melalui tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.

Sumber: Harian Metro, Facebook Najib Razak

 

SKIP THIS AD ×