Foto: Kompas
Bagi peminat kumpulan penyanyi Bangtan Boys (BTS) sudah pastinya tidak melepaskan peluang untuk membeli BTS Meal yang dijual di restoran makanan segera terkenal iaitu McDonald’s. Menerusi set tersebut, pelanggan akan mendapat packaging istimewa yang tertera tulisan The BTS Meal.
Sesetengah peminat kumpulan BTS sudah pastinya akan menyimpan bekas makanan dan minuman bagi set ini dan dijadikan salah satu koleksi peribadi mereka.
Bekas cawan diletakkan cacing
Foto: Tangkap layar video
Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang gadis dikenali sebagai Uwi Annisa menerusi satu video di laman TikTok, menceritakan cawan bagi set tersebut digunakan oleh ayahnya untuk diletakkan cacing sebagai umpan untuk memancing.
Lihat saja, buat cacing. Beratur punya panjang, kemudian digunakan untuk diletakkan cacing.
Jelas gadis ini, dia telah beratur berjam-jam bagi mendapatkan menu tersebut dan terkejut apabila cawan itu telah kotor dan dipenuhi dengan cacing.
Mahu nagis, Ya Allah ayah aku mahu memancing ikan, kenapa harus pakai cawan itu.
Susulan apa yang telah terjadi, gadis ini menjelaskan dia sama sekali tidak memarahi ayahnya kerana ayahnya akan menggantikan semula duitnya. Video tersebut telah ditonton lebih 4.2 juta kali dan meraih ratusan komen yang turut terhibur dengan apa yang telah terjadi.
Video penuh:
@uwianissamao nangis ???????? yallah bapak guaa mao mancing ikan kenapa harus pake itu si??? ##bts ##xyzbca ##mcdxbts
@uwianissaBalas @jarangmaen6 nggak ko ka aku ga sampe ngomelin ayahku, malah dia mau ganti dengan uang ceban katanya???? original sound – Uwi Anissa
Sumber: Uwi Annisa