Menerusi temu bual bersama pihak OhBulan!, pelakon, Luqman Hafidz sempat berkongsi mengenai suasana menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.
Menurut Luqman, Ramadan kali ini sangat berbeza selepas dia dan bekas isteri, Nurul Atiqah berpisah pada bulan Jun tahun lalu.
Artikel berkaitan: Semoga Tiada Spekulasi Yang Timbul, Luqman Hafidz Mengaku Sudah Bercerai
Artikel berkaitan: Luqman Hafidz Tak Setuju Suami ‘Angkat Tangan’ – ‘Itu Mak Kepada Anak-Anak’
Artikel berkaitan: Bekas Isteri Dakwa Orang Ketiga Punca Bercerai, Netizen DM Pernah Nampak Luqman Hafidz & Wanita ‘Free Hair’ Di Pulau Pinang
Habis masa bersama keluarga dan anak
Meskipun suasana sangat berbeza, Luqman berkata rutih harian ibadatnya sepanjang bulan yang mulia itu masih sama. Tambah Luqman, dia akan meluangkan masa bersama keluarga dan anak perempuannya, Eve Laura.
Mungkin rasanya akan berbeza daripada beberapa tahun sebelum ini. Namun, saya tidak pasti bagaimana kerana masih baru melaluinya. Apa yang boleh saya katakan, aktiviti masih sama.
Saya banyak menghabiskan masa dengan anak. Apa-apa pun, saya fokus kepada anak dahulu termasuklah membeli baju raya dan kelengkapan lain yang diperlukan.
Saya mahu habiskan masa dengan keluarga. Saya tanamkan niat untuk lebih dekatkan diri dengan keluarga.
Berbicara lebih lanjut, pelakon filem ‘Ola Bola’ itu memberitahu dia dan bekas isteri akan bergilir-gilir menyambut perayaan bersama anak.
Saya dan bekas isteri masih boleh berbincang mengenai perkara tersebut. Kami berpisah dengan cara baik.
Saya harap hubungan baik ini berterusan kerana komitmen terhadap anak perlu diberi keutamaan.
Kemungkinan kami akan saling berhubung mengenai anak ini sampai bila-bila. Jadi, Aidilfitri akan datang ini, kami belum ada perancangan lagi. Namun, saya akan ikut apa yang ibu mahu.
Luqman ditemui semasa sidang media kempen Ramadan Raya ‘Seindah Kasih’ Media Prima Berhad di Glenmarie, baru-baru ini.