Pelakon Zarina Zainuddin sebelum ini mendapat perhatian wargamaya apabila ramai yang memuji aktres ini kelihatan cantik dan tampak muda meskipun usianya sudah mencecah 52 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Ditakdirkan Biarlah Dia Pergi Dulu, Saya Tahu Susah Orang Lain Nak Jaga’ – Zarina Zainuddin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Zainuddin Nak Tengok Anak Kahwin, Yakin Mampu Jadi Suami Bertanggungjawab
‘Korang pergi lah buat hidung..’
Ketika ditemui OhBulan!, Zarina berkata, penurunan berat badan mungkin menjadi salah satu faktor membuatkan dirinya nampak muda daripada usianya yang sebenar. Tambah aktres ini lagi, selepas melakukan pembedahan bariatrik sekitar Ogos lalu, berat badannya kini sudah turun sebanyak 12 kilogram.
Kurus sikit, badan kecil. Bukan cantik mana pun, dah tua. Sebenarnya saya bersyukur sangat buat pembedahan bariatrik, sebab dulu kaki dan tumit saya sakit sangat.
Sekarang dah boleh pakai kasut tumit tinggi. Tanyalah orang yang memiliki tubuh badan yang agak berat, mereka akan cakap benda yang sama. Saya buat pun sebab kesihatan.
Apabila ditanya mengenai responnya terhadap dakwaan dirinya melakukan pembedahan hidung untuk tujuan kecantikan, Zarina berkata dia tahu apa yang dilakukan dan tidak kisah dengan komen dan penerimaan orang ramai.
Korang pergi lah buat hidung. Ramai je artis yang buat hidung, cuma mereka tak beritahu je. Semua buat hidung, cuma tak mengaku je. Saya pula yang kena sorang-sorang. Bila aku, semua orang sibuk.
Tambah Zarina lagi, dia pernah menjalani pembedahan membuang cecair pada bahagian hidungnya kerana mengalami masalah sinus.