berita

Ramai Wanita ‘Terkesan’ Dengan Lagu Semalam, Kongsi Kisah Didera, Dipukul Suami

March 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu (AJL 35) yang telah menyaksikan 12 penyanyi yang berentap dalam berebut gelaran juara. Lagu ‘Gila’ nyanyian Kaka Azraff, Loca B dan Noki berjaya diangkat sebagai Juara AJL35.

Artikel Berkaitan: ‘Gila’ Juara Anugerah Lagu 35

Artikel Berkaitan: 5 Trivia Menarik Anugerah Juara Lagu ‘Dulu-Dulu’ Sebelum Tahun 2000

Artikel Berkaitan: 6 Sebab Kenapa AJL35 ‘Lain Dari Yang Lain’, Lebih Mantap Walaupun Tanpa Penonton

Penyanyi Aina Abdul, yang membawa lagu Semalam berjaya merangkul Naib Juara yang menyaksikan kemantapan vokal dan suaranya yang tidak perlu lagi disangkal.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila menerusi ruang komen nyanyian tersebut, terdapat luahan-luahan netizen yang menginterpretasikan maksud di sebalik lagu Semalam yang dibawakan olehnya.

Lagu mempunyai 1001 maksud

Foto: Tangkap layar komen

Lagu ini memberi maksud ketabahan wanita-wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan didera oleh suami sendiri. Walaupun telah dilakukan sedemikian rupa, insan tabah ini tetap bangun berdepan dengan realiti mencabar ini.

Bahkan, mereka turut mempunyai kekuatan walaupun perit untuk ditelan setelah diperlakukan sedemikian rupa dan didera oleh insan yang tersayang. Difahamkan, menerusi komen-komen tersebut suami mereka mula menunjukkan ‘belang’ selepas berkahwin dan isteri mereka sama sekali tidak menyangka kejadian seumpama ini boleh berlaku.

Tidak berakhir di situ, dugaan berkahwin juga dilihat sangat ‘berat’ setiap pasangan itu perlu kuat berdepan dengan ujian tersebut supaya hubungan yang terjalin berkekalan selama-lamanya.

 

Foto: Tangkap layar komen

Apa yang lebih meruntun hati, apabila si isteri pula terpaksa mengerah tulang empat kerat dalam ‘mencari’ rezeki yang halal buat keluarga yang sepatutnya menjadi tugas hakiki bagi seorang bapa dan suami. Bukan itu sahaja, si isteri pula akan dipersalahkan oleh suaminya dan anak-anak yang terpaksa menjadi mangsa apabila kedua ibu bapa mereka bercerai.

Pada masa yang sama, menerusi komen tersebut memberi 1001 pesanan kepada masyarakat di luar sana supaya tidak salah memilih pasangan hidup.

Semalam oleh Aina Abdul

 

Sumber: YouTube

SKIP THIS AD ×