berita

6 Sebab Kenapa AJL35 ‘Lain Dari Yang Lain’, Lebih Mantap Walaupun Tanpa Penonton

March 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Debaran pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) hampir sampai ke kemuncaknya. Pasti kesemua finalis sudah sibuk membuat persiapan dari segi fizikal dan mental bagi memberikan persembahan yang terbaik sekaligus untuk merangkul gelaran juara.

Artikel Berkaitan: ‘Sedapnya Pengantin Baru Nyanyi!’ – Suara Merdu Hannah Delisha Cover Lagu AJL35 Dipuji

Artikel Berkaitan: 5 Trivia Menarik Anugerah Juara Lagu ‘Dulu-Dulu’ Sebelum Tahun 2000

Artikel Berkaitan: Anugerah Juara Lagu Ke-35 Bersiaran 14 Mac Ini Tanpa Penonton

Mesti korang dah tak sabar kan nak tengok persembahan para finalis? Agak-agak siapa lah yang bakal bergelar juara. Walaupun bakal berlangsung ‘lain dari yang lain’ tanpa kehadiran penonton, AJL35 kali ini tetap akan menampilkan beberapa kejutan menarik istimewa untuk peminat setia. Nak tahu apa yang best?

Debaran AJL35 kian terasa

Anugerah Juara Lagu pada kali ini menampilkan kelainan dimana ianya akan disiarkan secara langsung tanpa penonton. Hal ini bertepatan dengan keadaan negara yang kini dilanda pandemik Covid-19.

Meskipun begitu, korang jangan risau! Kemeriahan dan kehangatan malam berprestij AJL tetap akan dirasai oleh setiap penonton. Korang juga boleh menonton AJL35 walau di mana korang berada. Hanya perlukan telefon pintar je! Semuanya di hujung jari. AJL35 boleh ditonton secara strim di tonton.com.my serta YouTube TV3 Malaysia

Tayangan 300 video cover #BaikSemula

Pandemik COVID-19 sememangnya dirasai oleh semua warga dunia dan rakyat Malaysia juga tidak terkecuali. AJL35 bersama beberapa barisan penaja mengambil inisiatif melancarkan lagu #BaikSemula sebagai tanda sokongan kepada rakyat Malaysia agar terus bangkit! #BaikSemula didendangkan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique.

Paling menariknya bagi AJL35 kali ini adalah sebanyak 300 video cover akan ditayangkan semasa persembahan #BaikSemula di pentas final AJL35 nanti. Dah ramai tau yang hantar video cover #BaikSemula ni. Kalau nak tahu video korang terpilih ataupun tidak, jangan lupa tonton AJL35 ya!

Krew patuh SOP, buat swab test

Bagi mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan tatkala negara sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak penganjur akan menetapkan jumlah pekerja yang terhad bagi mengurangkan risiko jangkitan. Tak ada istilah ‘bersesak’ dalam auditorium tu ya.

Apa yang paling penting, semua krew dan finalis yang bakal membuat persembahan akan melakukan swab test sebelum memasuki Auditorium MBSA, Shah Alam. Jadi jangan risau! Kita jaga kita okay?

Finalis tandatangan aku janji

Memang tidak dinafikan, setiap tahun ada sahaja kontroversi dan tercetusnya perdebatan dalam kalangan netizen mengenai persembahan para finalis di pentas akhir AJL. Bahkan mereka turut mendakwa elemen persembahan tersebut tidak sesuai untuk tontonan umum.

Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang insiden sama berulang, pihak penganjur mewajibkan kesemua finalis untuk menandatangani aku janji supaya tidak menonjolkan elemen yang tidak sepatutnya dalam persembahan. Inisiatif ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak tercetusnya kontroversi pada malam kemuncak AJL35.

Lebih tenang, tiada suara sorakan

Korang perasan tak setiap kali kalau finalis buat persembahan, mesti ada sorakan dari para peminat kan? Peminat setia akan menjerit memanggil nama artis kegemaran mereka dengan tujuan mahu memberi semangat. Tapi tak dinafikan, kadangkala sorakan itu agak mengganggu para penonton yang lain.

Pada AJL35 yang akan berlangsung pada 14 Mac ini, korang dah tak dengar jeritan, sorakan para peminat. Korang boleh tengok persembahan dengan tenang tanpa sebarang gangguan atau bunyi. Barulah ada feel nak layan bait-bait lirik setiap lagu para finalis.

Bahang AJL35 tetap dirasai

Walaupun buat julung kalinya AJL35 disiarkan secara langsung tanpa kehadiran penonton tetapi pihak produksi masih memberikan yang terbaik seperti AJL sebelum ini. Kehangatan dan kemeriahan AJL35 tetap akan dirasai oleh para penonton meskipun hanya menonton di rumah. Sudah pasti pihak produksi akan menjadikan AJL35 ini sebagai satu momen ‘bersejarah’ yang tidak pernah akan dilupakan oleh para penonton dan kesemua finalis.

Kita Jaga Kita

Haa ingat! 14 Mac 2021 jam 9 malam korang kena duduk depan TV dekat rumah korang ye, layan AJL35. Jangan nak merayap ke tempat lain pula. Layan AJL35 dengan ahli keluarga kesayangan. Ianya secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga supaya lebih mesra.

Paling penting, amalkan saranan pihak kerajaan #kitajagakita #staysafe #stayathome. Jangan pula korang berkumpul satu kampung layan AJL35. Tengok dekat rumah masing-masing okay, luangkan masa bersama keluarga tersayang. Manfaatkan dan gunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin.

SKIP THIS AD ×