Pelakon jelita Raysha Rizrose memilih untuk melunaskan komitmen kerjayanya dalam bidang lakonan yang masih berbaki sebelum memberi perhatian untuk mendapatkan cahaya mata.
Artikel Berkaitan: Raysha Rizrose Tawakal Pada Allah, Tak Pakai ‘Bodyguard’ Hanya Ditemani Pembantu
Artikel Berkaitan: Raysha Rizrose, Suami Tak Tolak Rezeki Timang Cahaya Mata
Artikel Berkaitan: Kebijaksanaan Raysha Rizrose Pemikat Hati Suami
Soal anak
Meskipun sudah berumah tangga, Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz memaklumkan untuk meneruskan karier lakonannya seperti biasa.
Tambah Raysha, hal tentang zuriat sememangnya dia dan pasangan, Nabil Jeffri tidak sama sekali akan menolak.
Perancangan untuk zuriat memang ada. Tetapi, biarlah ia selepas saya selesaikan kerja-kerja lakonan yang masih ada.
Apa pun saya dan Nabil tidak menolak rezeki. Apa yang baik, kami terbuka dan berlapang dada. Sudah tentulah bila berkahwin, kita mahukan rezeki anak sebagai pelengkap keluarga.
Raysha juga memaklumkan bahawa dirinya sedang menikmati hari-hari bersama suami buat masa sekarang.
Puasa pertama bersama suami
Apabila ditanya mengenai pengalaman puasa bersama suami buat kali pertama, pelakon drama ‘Bisik-Bisik Gelora’ itu akui ada perubahan dalam fasa hidupnya.
Sebagai isteri, tentutanya di bulan Ramadan kena sediakan juadah berbuka dan bersahur untuk suami. Saya tak nafikan, ia pengalaman baru bagi saya.
Waktu bujang, ada keluarga yang bantu itu dan ini. Saya masih membiasakan diri.
Susulan daripada itu, Raysha menggangap ianya merupakan ingatan buat mereka sebagai suami isteri tentang tanggungjawab yang makin bertambah.
Sekadar info, Raysha dan Nabil selamat mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 di sebuah hotel, Kuala Lumpur.
Sumber: Media Hiburan