Gambar sekadar hiasan
Polis berjaya membongkar kes jual beli gambar dan video lucah yang memaparkan hubungan sejenis antara pasangan lelaki di media sosial.
Artikel Berkaitan: Isteri Ayie Floor88 Jadi Mangsa Lelaki Miang, Tawar RM2,000 Ajak ‘Video Call’ – ‘Tengok Je Bukan Buat Sekali’
Artikel Berkaitan: Polis Siasat Suami Ketagih Pornografi, Paksa Isteri Pakai Macam ‘Pornstar’
Promosi di Telegram & Facebook
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribun News, sekitar Julai lalu polis menerima aduan berhubung penyebaran gambar dan video lucah yang turut melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Susulan itu, Unit Siasatan Jenayah Khas telah menjalankan siasatan dan mendapati gambar dan video lucah berkenaan telah diedarkan menerusi aplikasi Telegram.
Terdapat 10 akaun Telegram dan satu akaun Facebook yang digunakan oleh suspek untuk mempromosikan penjualan kandungan tidak bermoral itu.
Polis kemudian menahan seorang suspek berusia 16 tahun yang ditahan di Banjarmasin, Kalimantan Selatan pada 5 Ogos lalu.
Difahamkan suspek menjalankan perniagaan terlarang itu bersama seorang rakannya yang berusia 21 tahun yang turut diberkas polis.
Menurut pihak berkuasa, gambar dan video lucah tersebut dijual dengan pelbagai harga dan pakej.
110 keping gambar atau video berharga RM 3 (10,000 Rupiah), 220 keping gambar berharga RM6 (20,000 Rupiah) dan banyak lagi. Bagi pakej pembeli VIP pula berharga RM18 (60,000 Rupiah).
Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua suspek boleh dihukum penjara selama enam tahun.
Sumber: Tribun News