Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengetepikan hukuman dijatuhkan ke atas remaja yang viral dimandikan seperti ‘jenazah’ selepas dia mengaku bersalah atas cubaan mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang, Selangor pada 9 Januari lalu.
Artikel Berkaitan: Orang Kampung Dedah Remaja Curi Duit Tabung Masjid Sebenarnya Banyak Kes Jenayah, ‘Rembat’ Motor & Pisang Nak Beli Dadah
Artikel Berkaitan: Lelaki Dalam Video Viral ‘Dimandikan’ Dipenjara 10 Hari, Dakwa Mencuri Nak Beli Ubat Atuk
Artikel Berkaitan: PU Syed Bangkang Tindakan Jemaah Mandikan Pencuri Seperti Jenazah – ‘Risau Nampak Macam Islam Membenarkan Berbuat Zalim’
Mahkamah Majistret silap jatuhkan hukuman
Hakim Datuk Abd. Halim Aman dalam semakan berhubung hukuman dijatuhkan berkata, Mahkamah Majistret Selayang silap dalam melaksanakan hukuman dan menggantikannya dengan hukuman khidmat masyarakat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.
Mahkamah Tinggi mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap Daniel Iskandar, 19 tahun yang dimandikan seperti jenazah, atas kesalahan cubaan mencuri tabung masjid itu. Hakim memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
Tertuduh sepatutnya dibebaskan hari ini selepas tamat menjalani hukuman penjara 10 hari sejak 9 Januari lalu. Daniel diarah untuk memulakan khidmat masyarakat itu dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.
Sebelum ini, viral di media sosial memaparkan seorang lelaki remaja dimandikan oleh seorang individu yang dipercayai merupakan imam masjid dan situasi tersebut turut disaksikan oleh beberapa jemaah masjid yang lain.
Remaja tersebut didakwa mencuri untuk membeli ubat kencing manis datuknya, namun dakwaan tersebut dinafi pihak polis.
Sumber: Utusan Malaysia