berita

REV Asia Tersenarai Dalam WorldBlu Freedom-Centered Workplaces 2017! Terbaiklah, Ini Sebabnya..

April 11th, 2017 | by Wan
Kini Trending

revasiaworldblu

REV Asia Holding Group, kumpulan media digital terkemuka di Malaysia sekali lagi mencipta nama apabila tersenarai di dalam The WorldBlu List of Freedom-Centered Workplaces 2017 untuk tahun kedua berturut-turut!

Penganugerahan yang diterima ini membuktikan REV Asia sentiasa mengamalkan konsep ‘freedom’ atau kebebasan di tempat kerja berdasarkan penilaian yang diisi oleh para pekerja mereka sendiri. Antara aspek penting yang dinilai ialah prestasi individu, kepimpinan dan sistem, dan proses.

Antara laman web terkenal di Malaysia yang bernaung di bawah REV Asia ialah OHBULAN!, SAYS, Siraplimau, Kongsi Resipi, Viralcham, Rojaklah, 8Share dan Juice Online.

‘Freedom’ untuk semua

revasia2

Di dalam edisi kali ini, sebanyak 24 syarikat dari seluruh dunia seperti Romania, New Zealand, USA, England, Mexico dan Malaysia mendapat skor yang tinggi berdasarkan penilaian yang dibuat sekali gus tersenarai dalam The WorldBlu List of Freedom-Centered Workplaces 2017.

Di REV Asia, pelbagai ‘budaya’ menarik diamalkan dan dilakukan bagi melahirkan satu suasana kerja yang ceria dan tidak stress. Pekerja juga diberi ruang yang secukupnya untuk menonjolkan kemahiran diri dan memberi pandangan.

‘Budaya’ menarik

revasia1

Setiap hari sarapan percuma disediakan untuk semua. Aktiviti bulanan ‘Smoke Signal’ membolehkan pekerja merancang sendiri aktiviti menarik yang mereka mahu lakukan pada bulan tersebut bersama rakan sekerja yang lain. Sebagai contoh aktiviti riadah seperti camping, sesi workout, bowling tournament dan banyak lagi.

Sebagai acara tahunan pula, pada tahun lepas team REV Asia telah bercuti ke Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan. Tahun ini pula mereka telah ke Hotel Park Royal Batu Feringgi, Pulau Pinang bagi tujuan yang sama!

Korang yang nak jadi sebahagian daripada team REV Asia boleh layari laman Revasia.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

bad

SKIP THIS AD ×