Nama Rizky Billar pernah menjadi bualan hangat pada tahun 2022 setelah kisah rumah tangganya bersama Lesti Kejora terbongkar apabila aktor itu menggunakan kekerasan ke atas isterinya.
Susulan daripada itu, Rizky Billar kerap kali menerima kecaman daripada masyarakat tempatan atas kelakuannya yang mencetus amarah kepada orang ramai.
Artikel Berkaitan: Tak Tahan Anak Diperlekeh, Bapa Nafi Rizky Billar Muflis – ‘Dia Ada Lamborghini & Ferrari’
Artikel Berkaitan: Rizky Billar Nafi Lesti Kejora Hamil Anak Kedua – ‘Jahitan Masa Lahirkan Anak Pertama Pun Belum Kering’
Artikel Berkaitan: Lega Bebas Dari Penjara, Ini 5 Janji Rizky Billar Buat Lesti Kejora
Harapan 2023
Menerusi InsertLive, suami kepada penyanyi dangdut Indonesia tersebut menyatakan dia mempelajari daripada kesalahan yang dilakukan ke atas isterinya dan ingin menjadi ayah yang terbaik buat anak-anak.
Tambah Rizky, harapannya pada tahun ini adalah agar masyarakat berhenti membenci dan menghinanya.
Walau apapun kesalahan yang saya lakukan, semoga saya dapat belajar daripada kesilapan tersebut.
Semoga saya dan isteri dapat menjadi contoh kepada anak-anak untuk menjadi seorang yang berbakti.
Percaya dengan rezeki
Pelakon berusia 28 tahun tersebut turut berkongsi tentang kerjayanya sebagai artis di Indonesia pada tahun 2023.
Walaupun kerjayanya sebagai anak seni diboikot dalam industri hiburan namun Rizky percaya ada rezeki dari Allah SWT dalam dunia seni.
Keinginan dalam bidang kerjaya, jika memang Allah masih mengizinkan untuk saya kembali beraksi di kaca televisyen, ianya bukanlah sesuatu yang terpaksa.
Setiap kali ditutup satu pintu rezeki, masih ada 999 pintu rezeki yang lain.
Sementara itu, Rizky menyatakan bahawa beberapa perniagaan miliknya di luar dunia hiburan masih berjalan seperti biasa.
Untuk rekod, pasangan popular itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: InsertLive