Seorang mahasiswa sebuah universiti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rakan sebiliknya yang didakwa pengotor namun menggunakan masalah mental sebagai alasan.
Artikel Berkaitan: Jiran Dakwa Penyanyi Tak Bayar Sewa Rumah Pengotor & Kerap Buat Bising – ‘Tolonglah Bawa Dia Keluar Dari Tempat Kami’
Artikel Berkaitan: Alami Masalah Depresi Ketika Berjauhan Dengan Keluarga, Pakar Terapi Suruh Ummi Nazeera Luah Perasaan Dalam Bentuk Penulisan
Katil bersepah
Menerusi perkongsian di TikTok, pelajar tersebut mendedahkan sikap rakan sebiliknya yang tidak pernah mengemas katil kerana mengalami depresi.
Agak-agaklah. Orang lain pun depresi juga tetapi taklah sampai macam ni, setahun tidak pernah kemas bilik.
Kalau pengotor tu cakap saja pengotor. Daripada aku yang sudah boleh kawal depresi jadi makin tertekan duduk dengan orang macam ini.
Bercerita lanjut, pelajar itu juga berkata dia terkesan dengan keadaan bilik berkenaan sehingga menjejaskan kesihatannya.
Menurut pelajar tersebut, pihak universiti akhirnya telah mengambil tindakan terhadap rakan sebiliknya itu.
Mujurlah saya dapat tukar bilik. Selepas berhubung dengan pegawai, katanya pelajar tu tidak patut dapat bilik sebab setiap semester buat masalah sama.
Kepada semua yang cakap sikap pengotor ini disebabkan depresi, tolonglah diam. Saya pun hidap penyakit yang sama. Ada juga kawan-kawan lain yang juga alami depresi tapi taklah seteruk ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam sikap pelajar pengotor berkenaan kerana tidak menjaga kebersihan.
Bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati individu berkenaan telah memadam hantaran tersebut.
Sumber: TikTok