berita

Roti Canai Ular Tarik Perhatian Pelanggan, Mufti Kelantan Jelaskan Hukum

July 10th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Lain daripada yang lain, keunikan roti canai ular yang dijual di Kota Bharu Kelantan meraih perhatian ramai. Pemilik, Che Harun Ali mengakui roti yang diuli berbentuk ular itu berjaya menambat hati pelanggan ke kedai makannya.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah meluahkan rasa geli dan mempersoalkan hukum makan makanan berbentuk binatang berbisa.

Tidak haram

Menjawab kepada persoalan tersebut, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata hukum membeli dan menjualnya adalah tidak haram. Tambahnya, selagi makanan itu diperbuat daripada sumber yang halal itu adalah tidak haram.

Kita semua sedia maklum, bahawa kandungan roti canai itu hanyalah tepung gandum sahaja dan ia datang daripada sumber yang halal. Jadi tidak timbul sekalipun isu haram jika memakan roti canai berbentuk ular.

Bagaimanapun, hukum memakan ular tetap haram kerana ia mengandungi bisa yang akan memudaratkan manusia namun roti canai ular ini cuma menyerupai bentuk sahaja, bukan kandungannya yang memudaratkan manusia.

Kata beliau lagi, tujuan membeli barangan tersebut adalah untuk dimakan semata-mata dan bukanlah untuk diagungkan.

Tidak boleh dibanggakan seperti makan ular betul

Seperti contoh, jika kita minum air kosong namun kita menyamakan air itu dengan arak adalah tidak dibenarkan, sama juga jika memakan roti canai ular ini namun dibanggakan seperti memakan ular yang betul adalah tidak dibenarkan kerana seolah-olah mempermainkan hukum Islam.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak cepat menghukum sesuatu yang tidak pasti. Sebaiknya mereka memandang sesuatu daripada sudut positif dan tidak menggembar-gemburkan perkara.

Pemilik, Che Harun Ali tidak menolak sejak roti canai ular viral di laman sosial, kedainya menerima pelanggan bertali arus. Ada yang mengambil video dan gambar ketika dia menebar roti canai untuk simpanan peribadi mereka.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×