berita

‘Sakit Macam Kena Inject Zaman Sekolah’ – Doktor Kongsi Pengalaman Terima Vaksin Covid-19 Di India

February 24th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, hari ini bersamaan 24 Februari 2021 bermulanya program vaksinasi Covid-19 seluruh Malaysia yang diberikan percuma. Sebentar tadi, di Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menerima suntikan vaksin tersebut.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Muhyiddin Yassin, Noor Hisham Antara Individu Terawal Terima Vaksin Covid-19

Artikel berkaitan: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula 24 Februari Ini

Artikel berkaitan: Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera

Di Twitter, seorang doktor dikenali sebagai Dr Wani yang berkhidmat di negara India kongsi pengalaman beliau menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi mengelakkan orang ramai panik dan risau akibat kesan daripada ini.

Hampir 5 hari menerima vaksin Covid-19

Dr Wani kongsi perjalanan mereka sebagai barisan hadapan menerima paling awal vaksin ini di negara India. Pada hari kejadian dalam jam 11 pagi 20 Februari 2021, mereka diberi borang terlebih dahulu serta ditanya soalan adakah pernah mengambil vaksin Covid-19. Jika pernah, penerima perlu menjarakkan selama sebulan dari tempoh suntikan pertama.

Sakit ke tak?

Menurut Dr Wani, suntikan tersebut sama seperti rasa suntikan ketika di zaman persekolahan dimana kita diberikan suntikan vaksin imunisasi. Selepas disuntik, kesan biasa adalah seperti letih dan demam adalah perkara biasa. Kesan ini boleh dilihat dalam tempoh sehari atau lanjut hingga seminggu.

Dr Wani memberitahu dia sendiri merasakan kesan suntikan tersebut pada waktu malamnya dimana dia mula rasa tidak sedap badan dan alami demam.

Esoknya disebabkan hari tu hari ahad, seharian tu memang rehat kat rumah je. Sebab rasa chills demam dan rasa lenguh badan. Tapi semua ni slow slow beransur pulih dan malam Ahad tu saya dah getting better. Rasa okay dah.

Tambahnya lagi, doktor juga sempat berpesan kepadanya agar tidak menekan di tempat terkena suntikan bimbang akan memberikan kesan lain namun menurutnya prosedur adalah sama sahaja seperti menerima suntikan lain.

Pastikan rehat cukup

 

Kesimpulannya, korang jangan lah takut nak ambil vaccine ni. Macam yang saya tulis kat atas, side effects tu boleh ada tapi ia TEMPORARY. Jom kita spread awareness pasal vaccine ni dan buang rasa skeptikal dengan COVID vaccine. Dr Amalina Bakri pun dah dapat pfizer.

Akhir sekali Dr Wani berpesan kepada semua orang agar jangan takut untuk menerima suntikan vaksin ini memandangkan ianya hanya kesan biasa. Walapun kesannya berlainan ke atas setiap individu namun ianya hanya sementara.

Sumber : Dr Wani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×