berita

Saling Unfollow Di Instagram, Hubungan Emma Maembong-Syed Abdullah Putus?

February 10th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Hujung bulan lepas, pelakon Emma Maembong hangat diperkatakan apabila foto mesranya bersama abang menteri, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tersebar di laman sosial. Turut mengejutkan adalah dia dilihat tidak bertudung dalam foto panas itu.

Dia kemudiannya mengumumkan sudah secara rasmi sudah membuka tudung dan meminta maaf mengenai keputusan itu. Terbaru, pasangan itu dilihat ada sesuatu yang tidak kena di laman sosial apabila Emma membuat keputusan yang tidak dijangka.

Sudah unfollow di Instagram?

Hasil carian di laman Instagram mendapati Emma tidak lagi mengikuti Syed Abdullah dan hanya mengikuti 3 akaun sahaja menerusi akaun yang mempunyai lebih 3 juta follower itu.

Malahan, foto-foto bersama jejaka berkenaan sudah dipadamkan dari feed pelakon kelahiran Terengganu itu.

Syed Abdullah turut berbuat sama

Syed Abdullah juga didapati telah tidak lagi mengikuti Emma di Instagramnya. Walaubagaimanapun, foto-foto percutian mereka bersama masih boleh dilihat di akaun yang mengumpul hampir 100k pengikut itu.

Pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila beberapa keping foto mereka tersebar beberapa minggu lalu. Turut menambah kontroversi adalah satu foto seorang wanita yang duduk di celah kangkang Syed Abdullah sambil berselfie cermin.

Meskipun dilihat mirip Emma, kedua-dua mereka menafikan itu adalah dirinya kerana menurut Syed Abdullah, foto tersebut sudah diambil kira-kira 4 tahun lalu.

Sumber: Emma Maembong, Syed Abdullah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×