Pelakon Syatilla Melvin meluahkan rasa syukur diberi kesempatan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketujuh bersama suaminya, Shaheizy Sam di Mekah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamba Lelong Barangan Ratusan Ringgit Milik Shaheizy Sam, Syatilla Tenang Jawab – ‘Nak Beli Barang Dapur, Nak Buat Macam Mana’
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin & Shaheizy Sam Pilih Nama Salama Samheizy, Netizen Puji Terus Tayang Wajah Anak
Artikel Berkaitan: Nak Muntah Tengok Rumah Sendiri, Syatilla Suruh Shaheizy Sam Cari Hotel
Ulang tahun perkahwinan
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Syatilla memuat naik fotonya bersama Sam yang berlatarbelakangkan Kaabah di Tanah suci berserta kapsyen ucapan ringkas.
Alhamdulillah syukur untuk rezeki luar biasa ini ya Allah.
Bersaksikan Kaabah, berhadapan pintu Kaabah dan multazam, Engkau rezekikan kami untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-tujuh.
Tambah Tilla atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Binti Amirol Melvin, dia mengharapkan agar segala hajat dan doa mereka dimakbulkan.
Sambutan hari lahir
Sementara itu, kakak kepada pelakon berusia 32 tahun itu, Syafiqa Melvin juga berkongsi momen ketika menyambut ulang tahun kelahiran Tilla yang jatuh pada hari yang sama.
Rare eh hari lahir dia tahun ini. Sambut di Mekah, rezeki hang, semoga itu semoga ini. Love you.
Di dalam video itu, kelihatan Tilla bersama kek dan lilin di dalam bilik hotel sambil dinyanyikan lagu hari lahir buatnya.
Sekadar info, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarina Samheizy, 3, dan Salama Samheizy yang bakal menganjak usia setahun.
Sumber: Instagram @samtilla & @syafiqahmelvin