Pelakon Hannah Delisha berpendapat bahawa istiqamah dalam mengenakan hijab bukanlah satu perkara yang mudah malah para wanita berdepan dengan pelbagai ujian untuk kekal bertudung.
Artikel Berkaitan: Netizen Kurang Senang Lihat Posing ‘Mendabik’ Dada Hannah Delisha – ‘Labuhkan Tudung…’
Artikel Berkaitan: Hannah Delisha Belum Sedia Jadi Ibu – ‘Jaga Kucing Pun Tanggungjawab Sangat Besar’
‘Saya ada suami. Dia selalu ingatkan saya’
Ketika ditemui OhBulan!, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch berkata, tidak ada seorang individu pun boleh memaksa seseorang untuk berhijab sebaliknya ianya perlu ikhlas dari hati si pemakai.
Setiap wanita yang memilih untuk berhijab akan ada satu tahap, istiqamah tu akan goyah juga. Perkara itu adalah normal dan ianya sebahagian daripada kehidupan. Sebab itu lah kita perlu berhijab.
Sebab itu adalah satu ujian untuk wanita tapi kalau berhijab kerana Allah SWT, insyaAllah memang akan kekal selamanya.
Pelakon berusia 27 tahun itu berpendapat bahawa pergaulan dan orang sekeliling merupakan salah satu faktor yang membantu seseorang untuk kekal istiqamah dalam mengenakan hijab.
Bagi saya, cara untuk istiqamah saya akan sentiasa ingat mengapa saya memilih untuk berhijab. Saya tetapkan perkara itu sebagai peringatan buat diri saya setiap kali saya rasa kurang istiqamah.
Sebenarnya, jika kita ada kawan yang ingatkan kita, beri kita motivasi dan positiviti, saya rasa benda tu membantu. Itu cara saya, lagi satu macam saya ada suami. Dia selalu ingatkan saya.