berita

‘Saya Letakkan Kepercayaan Kepada Hafiz Tetapi Tetap Berhati-Hati’ – Syafiqah Aina

February 24th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

hafiz aina

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Syafiqah Aina menyatakan dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suaminya, Hafiz Mahamad dalam rumah tangga yang dibina.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad Tak Terasa Hati Jadi Mangsa ‘Face Shaming’ – ‘Orang Tak Faham Deep Scars Ambil Masa Untuk Hilang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad Berhabis Jutaan Ringgit Demi Usahawan AINAA Rasa Pengalaman Datang Anugerah – ‘Saya Gembira Dengan Pencapaian Mereka’

Percaya Hafiz

NetizenHarapHafizMahamadTakKahwinDua

Ketika ditemui OhBulan!, Aina berkata dia yakin Hafiz yang juga merupakan seorang ‘influencer’ tidak akan berlaku curang dengan wanita lain.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap menyimpan perasaan ‘insecure’ serta lebih berhati-hati menjaga keharmonian keluarga.

Masa saya kenal dia, saya letakkan kepercayaan kepada dia tapi tetaplah berhati-hati… kita perempuan kan, mesti ada rasa insecure dan tak selamat kan.

Tapi saya rasa, saya percaya yang dia.. Insya-Allah tak akan buat benda itu (curang). Kita sama-sama dalam perhubungan ini, sama-sama berusaha untuk tidak ke arah itu.

Sebelum ini, Hafiz memberitahu dia sentiasa mengingatkan Aina agar sentiasa memeriksa telefon bimbitnya bagi mengelakkan timbul isu ‘main kayu tiga.’

Menurut Hafiz, biarpun dia tidak melakukan perbuatan tersebut namun dia mahu isterinya tidak terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya.

Sebelum ini, netizen menasihati Hafiz agar tidak menduakan isterinya selepas kontroversi pempengaruh Aliff Teega yang mengakui sudah berkahwin dua.

SKIP THIS AD ×