berita

[VIDEO] Hafiz Mahamad Tak Terasa Hati Jadi Mangsa ‘Face Shaming’ – ‘Orang Tak Faham Deep Scars Ambil Masa Untuk Hilang’

February 21st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Hafiz Mahamad

Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad tidak terasa hati apabila ada segelintir netizen yang menghina rupa parasnya (face shaming) menerusi satu video temu bual yang tular, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad Berhabis Jutaan Ringgit Demi Usahawan AINAA Rasa Pengalaman Datang Anugerah – ‘Saya Gembira Dengan Pencapaian Mereka’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad 55 Kali Buat Kejutan Untuk Isteri, Kali Ini Sewa Pawagam & Hadiahkan Pakej Haji

‘Deep scare’ ambil masa

Hafiz Mahamad

Ketika ditemui OhBulan!, Hafiz berkata dia juga menyedari mengenai komen netizen yang mempersoalkan kulit wajahnya tidak bersih sedangkan dia dan isteri, Syafiqah Aina memiliki klinik rawatan kulit iaitu Ainaa Clinic.

Jelas Hafiz, keadaan kulit wajahnya pada masa sekarang adalah lebih baik berbanding ketika di zaman persekolahan. Menurutnya, dia mengambil masa untuk menghilangkan parut dalam kesan daripada masalah kulit berjerawat yang dihadapinya.

Dulu ketika zaman sekolah, masalah jerawat saya sangat teruk dan saya menerima kutukan daripada kawan-kawan. Disebabkan kutukan itulah yang membuatkan saya datang ke industri skincare. Supaya dapat memahami orang-orang yang ada masalah jerawat ini, saya pernah lalui situasi itu.

Walaupun isteri saya ada klinik kulit, tapi orang tidak faham yang ‘deep scars’ pada muka sini pergi la mana-mana rawatan pun, untuk memulihkannya mengambil masa.

Jika kutukan itu terjadi waktu zaman sekolah mungkin saya malu, tetapi zaman sekarang saya tidak malu pun, sebaliknya saya bangga dengan diri saya. Apa yang saya bangga juga isteri saya menerima saya apa adanya walaupun ketika itu wajah saya berjerawat.

Sekarang alhamdulillah, jerawat sudah tiada cuma kesan parut itu masih ada. Malah saya pernah rujuk doktor mengatakan di bahagian pipi mudah untuk hilangkan parut, tapi di bahagian tertentu susah.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada KNKV Viral Award 2024 yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada Selasa.

Meskipun akui kulit wajahnya tidak bersih, namun bapa kepada dua cahaya itu berkata, tidak pernah terlintas difikirannya untuk melakukan pembedahan plastik.

Malah, Hafiz menyatakan insiden menjadi mangsa ‘face shaming’ di media sosial merupakan pertama kali terjadi sepanjang dia bergelar pempengaruh dan usahawan.

Saya suka bila perkara ini terjadi dengan saya, kerana saya dapat rasa macam mana bila jadi mangsa ‘face shaming’. Jujur saya katakan ini pertama kali di sosial media saya kena ‘face shaming’. Apabila saya tengok komen netizen, saya tanya isteri saya ‘Aina abang ini tak handsome ke?’

Apa pun perkara ini sangat mematangkan saya. Ada juga yang kata saya sunting foto dan video dalam sosial media. Jawapannya, tidak. Foto dan video yang dimuat naik bergantung dengan keadaan dan pencahayaan ketika itu.

Saya juga tidak pernah terlintas nak pergi luar negara untuk buat pembedahan plastik hanya kerana mahu nampak personaliti sebagai pengasas skincare sempurna. Sebaliknya, saya jujur ini adalah sebahagian daripada kekurangan dan paling paling mentaliti.

Sementara itu, Aina berkata dia dan suami tidak mampu untuk menutup mulut netizen yang sering melemparkan kata-kata kurang baik terhadap mereka.

Mulut orang memang tidak mampu kita tutup, cantik macam mana pun orang akan cari kekurangan kita. Saya cakap dengan Hafiz biarlah apa orang nak cakap pun. Yang penting pengalaman dia boleh mengajar pelanggan kami untuk berjaga-jaga seawal usia yang boleh.

SKIP THIS AD ×