Di Instagram, penyanyi Indonesia, Ifan Seventeen menafikan bahawa dirinya sudah meninggal dunia seperti yang disebarkan oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab menerusi sebuah blog. Ifan turut memuat naik tangkap layar artikel yang tidak benar itu di media sosialnya.
Artikel berkaitan: [FOTO] Ifan Seventeen Selamat Bernikah Dengan Citra Monica, Siap Ada ‘Live’ Dekat TV
Artikel berkaitan: Ifan Seventeen Selamat Bertunang
Masih sihat
Alhamdulillah, saya masih dalam keadaan sihat walafiat. Didoakan rakan-rakan yang membaca posting ini semua sihat juga. Rasanya, apa tindakan yang paling sesuai dilakukan kepada orang yang menyebarkan khabar angin sebegini?
Menurut Ifan, dia berada dalam keadaan sihat dan masih bernafas. Tambahnya, dia ingin berjumpa dengan penulis blog berkenaan yang mengeluarkan berita palsu mengenai dirinya. Pada masa yang sama, Ifan turut bertanya kepada netizen mengenai tindakan yang perlu diambil olehnya terhadap individu tersebut.
Terkejut aku
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja membaca posting yang dimuat naik oleh Ifan. Bahkan, ada juga segelintir rakan artis mengaku bahawa mereka pernah menjadi mangsa khabar angin mengenai kematian.
Isteri kepada Ifan iaitu Citra Monica turut terkejut sebaik sahaja mendapat tahu mengenai berita kematian suaminya. Citra yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Ifan berharap penulis blog di negara berkenaan tidak mengeluarkan sebarang berita palsu mengenai dirinya mahupun suami selepas ini.
Sumber: Ifan Seventeen